Wednesday, October 24, 2012

"As a woman, Islam tells me, I’m not here on display and my body is not for public consumption. I’m not to allow anyone to reduce me to an object. I am a soul, a mind, a servant of GOD. I don’t worship beauty standards, and don’t submit to fashion sense. My submission is to something higher. My worth is defined by the beauty of my soul, my heart, my moral character, and so when you look at me, that character is all you should see, NOT my body. With my veil I put my faith on display, rather than my beauty, because my value as a human being is defined by my relationship with God, and so I cover the irrelevant, and when you look at me, you view me only as what I am, a servant of the Creator."

Monday, October 22, 2012

Hercules and Islam


Arabia, during the time of the Holy Prophet Muhammad (s), was a country without any central authority. It was a country far from the civilised nations of those days.

At the time Prophet Muhammad (s) was spreading Islam; asking people to turn away from worshipping idols to worshipping Allah, the Almighty, the All-Knower, the Master.
The Prophet sent letters of invitation to Kings and Rulers of various countries in the world, inviting them to embrace Islam. Many of the letters were met with a favourable response whilst others were rejected. In many cases, the messengers of the Prophet were badly treated and abused. But the Prophet was not worried by these setbacks. He was inviting people to the right path and a few setbacks could not deter him from propagating Islam.

Abu Sufyan a leader of the tribe of Quraish and the arch enemy of the Prophet was in Constantinople on a business trip, when the Prophet's letter of invitation reached Hercules, the Byzantine emperor of Eastern Roman Empire. Hercules, at the time was in his court at Constantinople celebrating his victory over the Persians.

Hercules read the letter through an interpreter and then asked the people in his court, to find out if there was someone in the city, who knew the Prophet. Abu Sufyan with his companions was brought into the court.

The emperor asked Abu Sufyan, "What kind of family does Muhammad belong to?"

"Noble", replied Abu Sufyan

"Has there been a king in his family?" Hercules asked.

"No," said Abu Sufyan

"Are the people who have accepted his religion poor or rich?", Hercules questioned again.

"They are poor", replied Abu Sufyan.

Hercules was now becoming more and more interested and he went on asking questions.
His next question was, "Are his followers on the increase or decrease?"

"Increasing", Abu Sufyan replied shortly.

"Have you known him to tell lies"? asked Hercules.

"No", admitted Abu Sufyan.

"Does he ever go against his convents?", Hercules once again asked.

"Not so far. But we have to see whether he carries out the new agreement made between us and him", Abu Sufyan answered lengthily for a change.

"Have you ever fought him in wars?" Hercules questioned.

"Yes", answered Abu Sufyan

"What has been the result?" Hercules asked, getting more and more interested.

"Sometimes we have won, sometimes he", replied Abu Sufyan.

"What does he teach?" asked Hercules

"Worship One God, join no partners with Him, carry out your prayers, be chaste, speak the truth and keep union with your relatives", answered Abu Sufyan, even surprised at his own answer as it sounded like he was preaching Islam.

Hercules stood up and said, "If all you said is true, then I am sure that this Prophet's Kingdom will reach here where I am standing. I was certain that a Prophet was coming, but I didn't know that he would be born in Arabia. If I were to go there, I would embrace Islam and wash the Prophet's feet with my own hands."

This was the way in which the Prophet spread Islam. He impressed them by his truthfulness, honesty, noble character and dedication in the service of Allah. He did not compel people to accept Islam under threat of waging wars, nor did he compel people to accept Islam by the force of the sword. He fought only in defence, and only when the enemies waged war on him.

Sunday, October 21, 2012

"Biar hina dipandangan manusia, jangan hina dipandangan Allah.."

Hajar

Sekadar Teguran buat Wanita...

Assalamualaikum..

Hye.. 10 minit sahaja untuk blog kali ini.. Hari ni seharian keluar dengan rakan-rakan.. maka zohor, asar, maghrib mesti lah di surau kan... so, ini yang kerap kali saya perasan... saya menegur untuk diri saya sendiri dan juga untuk kawan-kawan... Saya lihat memang ramai wanita menunaikan solat tetapi tak sempurna.. bila solat tak sempurna, maka solat menjadi tidak sah.. Jadi tak de guna la bersolat kan macam tu.. Teguran yang perlu saya tegur supaya saya tidak disoal di akhirat kelak.. Nauzubillah.. takut nak menjawab soalan Allah nanti...

1. Ketika solat, ramai wanita tidak perasan yang kain mereka gunakan kurang labuh.. kadang-kadang mendatangkan ketidak khusyukkan pada orang lain yang bersolat.. Saya cadangkan lepas ni, kalau rasa nak keluar, sediakan stokin di dalam handbag.. kebanyakan surau, kain telekung memang senteng...so, kalau pakai stokin InsyaAllah terjaga... lebih baik jikalau anda membawa telekung sendiri.. Saya rasa sekarang banyak jual telekung untuk travel.. Tapi telekung tu jangan lah terlalu jarang jugak ya...

2. Rambut.. sometimes mereka tidak kisah... nampak rambutatau tidak.. sikit @ banyak, tak boleh.. kena jaga semua.. walaupun sehelai.. tak de lebih kurang.. solat nak lebih kurang, kalau Allah kasi kehidupan lebih kurang, merungut marah.. macam mana ni... saya mintak sangat, sebelum solat pastikan rambut  tertutup litup dengan telekung.. lawa-lawa la sikit eh nak mengadap Allah...

3. Last skali, dagu... kepantangan mak saya bila orang sembahyang, dagu dibiarkan terdedah.. kadang-kadang telekung dekat surau tu kan besar.. so, di pin nya macam pakai tudung.. Solat tak sah...masih ada yang terdedah..pin sampai ke belakang pulak tu... itu sebab kalau perasan ya, beli telekung, ada kain kecik  segitiga kat dagu... itu function nya nak tutup dagu la.. itu sebahagian aurat juga.. so, lepas ni dah tahu ya...

Ok la.. Saya harap, apa yang saya tulis ni memberi kesedaran kepada semua muslimat termasuk diri saya yang masih cetek ilmu agama nya...

Take care and Happy Monday!!! he he he..

psst: rasa tak sabar nak tgk Mekah sekali lagi.. Ya Allah.. jom ramai-ramai kumpul duit pergi next year... Mencari Nur di Tanah Suci.. Semoga pemergian saya kali ini, memberikan kegembiraan buat keluarga terutama sekali mak... :) Mak tak sabar nak menantikan menantu.. 4 menantu tak cukup... hahaha!! relax Mak.. I am still 26 not 36.. Adam saya akan datang satu hari nanti cuma tak tahu cepat atau lambat je.. dan dia pasti yang terbaik untuk saya dunia dan akhirat.... 

3 Yang Menghancurkan Manusia

Ketua pemuda ahli syurga, Hasan bin Ali radhiaLlahu anhuma, di dalam himpunan nasihat dan kata – kata hikmah yang terakam di dalam sejarah ketinggian ilmu dan budinya pernah bekata;
“Kehancuran manusia adalah pada 3 perkara: 1) Sifat takabbur. 2) Sifat Tamak. 3) Sifat dengki. Adapun sifat takabbur, ia menghancurkan ugama dan kerananyalah iblis dilaknat oleh Allah. Sifat tamak pula, ia adalah musuh kepada diri sendiri dan kerananyalah nabi Adam dikeluarkan daripada syurga. Manakala sifat dengki adalah pengepala kepada kejahatan dan kerananyalah Qabil telah sanggup membunuh Habil.” ( Kitab ‘Allimu auladakum hubba aali baiti al nabi. ms 30 )
Inilah hikmah yang hebat dan cukup meruntun jiwa untuk menginsafi diri dan mendorong taqwa kepada Allah. Semoga Allah merahmati Hasan bin Ali radhiaLlahu anhuma dan menempatkan kita bersamanya dan para sahabat radhiaLlahu anhum di syurgaNya.

Inilah 3 sifat buruk yang disebut di dalam al Quran sebagai punca awal maksiat sang makhluk kepada tuhannya. Sebelumnya tiada satupun makhluk kecuali tunduk dan patuh kepada tuhan sang pencipta yang maha agung.
Ia bermula dengan sifat angkuh dan sombong Iblis yang enggan sujud kepada Adam alaihissalam. Di situlah bermula keengkaran dan kekufuran, lalu iblis dilaknat Allah.
Kemudian datuk kita terlalai oleh pujukan dan tipudaya iblis daripada mengingati pesanan tuhannya untuk tidak mendekati ‘pokok sambung nyawa’ di syurga itu. Nabi Adam didorong oleh ketamakan untuk kekal hidup tanpa mati di syurga menikmati anugerah Allah. Adam memakan daripada pokok itu, lalu baginda dihukum dengan dikeluarkan daripada syurga disebalik taubatnya yang diterima Allah.
Kemudian Allah menceritakan jenayah pertama di muka bumi yang dilakukan oleh Qabil yang telah sanggup membunuh saudara kandungnya sendiri, Habil kerana sifat dengki yang meluat – luat sehingga membutakannya daripada mendengar nasihat yang benar daripada saudaranya itu.
Sayyidina Hasan telah mengingatkan kita bahawa ketiga – tiga sifat buruk inilah yang akhirnya terus membunuh dan menghancurkan manusia selepas daripada itu. Manusia gagal mengambil iktibar daripada cerita – cerita awal kejadian manusia itu, gagal mengesan keburukan sifat – sifat tersebut di dalam tubuh mereka dan gagal menghindari dan mengubatinya.
Sifat takabbur adalah lawan sifat tawadhu’. Ia bermaksud membesar diri dan membangga – banggakan keadaan dirinya, seterusnya memandang leceh dan rendah terhadap orang lain. Inilah sifat paling buruk kerana daripadanyalah akan lahir dan bercabangan sifat – sifat buruk yang lain. Ini kerana sifat itu hanya layak untuk Allah dan menjadi milikNya semata – mata.
Sifat takabbur mudah dikesan kerana wujud tanda – tanda yang zahir, antaranya; suka menunjuk diri di khalayak ramai, menonjolkan kelebihannya di hadapan mereka, suka mengetuai majlis keramaian dan berlagak semasa berjalan, tidak suka kata – katanya ditolak sekalipun salah bahkan enggan menerima teguran dan memandang rendah terhadap orang yang lemah dan miskin.
Selain itu, antara tanda – tanda takabbur lagi adalah suka menyucikan diri sendiri dan memuji – mujinya, berbangga dengan keturunannya dan menunjuk – nunjuk dengan kekayaannya, ilmunya, ibadahnya, kecantikannya, kekuatannya, penyokong dan pembantunya yang ramai dan lain – lain lagi.
Sifat tamak pula adalah keinginan melampau untuk menikmati harta dan kedudukan. Tamak terhadap harta ada 2 peringkat;
Pertama, terlalu inginkan harta dan bersungguh – sungguh menperolehinya melalui jalannya yang harus dan dibenarkan. Ini tetap tercela kerana betapa banyak masanya dihabiskan untuk memburu harta sedangkan masa itu adalah emas yang lebih bernilai daripada harta. Masanya itu sepatutnya dihabiskan untuk memburu taqwa dan taat kepada Allah berbanding harta yang telah ditetapkan oleh Allah untuknya.
Kedua, ketamakan terhadap harta sehingga mendorongnya melampaui had yang dibenarkan syara’. Ia memasuki jalan – jalan haram tanpa lagi menghiraukan kemurkaan Allah. Inilah penyakit ‘asy syuhh’ ( terlalu bakhil ) yang diingatkan Allah di dalam al Quran agar dijauhi.
Sabda Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam: ” Berhati – hatilah kamu daripada sifat asy syuhh. Sesungguhnya asy syuhh itu telah menghancurkan orang sebelum kamu. Ia menyuruh kepada putus hubungan, lalu mereka memutuskannya. Ia menyuruh kepada kebakhilan, lalu mereka menjadi bakhil. Ia menyuruh kepada kejahatan, lalu mereka melakukan kejahatan.” ( Riwayat Abi Daud. Albani mensahihkannya.)
Adapun tamak kepada kedudukan, maka ia adalah lebih buruk daripada tamak kepada harta. Ia terbahagi kepada 2 bahagian;
Pertama, tamak kepada kedudukan melalui kuasa dan harta. Ini cukup bahaya kerana ia akan menghalang daripada kebaikan akhirat dan kemuliaannya. Orang yang menggilai kekuasaan tidak akan dibantu dan diberi petunjuk oleh Allah kecuali mereka yang menerimanya tanpa meminta.
Kedua, tamak kepada kedudukan melalui perkara – perkara ugama seperti ilmu, amal, kezuhudan dan sebagainya. Inilah seburuk – buruk ketamakan. Agama adalah untuk memburu dan mengejar ridha Allah dan kedudukan di sisiNya, tetapi mereka ini telah menyalah gunakannya untuk keduniaan.
Manakala sifat dengki pula, maka ia adalah lawan sifat suka dan mengimpikan kebaikan untuk orang lain. Dengki menjadikan tuannya terlalu mengimpikan sesuatu nikmat itu hilang daripada orang lain. Ia adalah penyakit yang buruk, hina dan menghancurkan segala kebaikan. Allah menyuruh nabiNya berdoa agar dijauhi daripada kejahatan mereka yang berdengki. ( Surah al ‘alaq; 5 )
Hasad dengki terjadi akibat beberapa perkara; permusuhan, kebencian, ujub, cintakan kedudukan, busuk hati dan lain – lain penyakit hati. Ia terlalu buruk dan menakutkan kerana ia boleh saja berlaku di kalangan sendiri, kawan – kawan, para ulama dan peniaga dan keluarga.
Itulah gambaran ringkas keburukan 3 penyakit utama yang menghancurkan manusia sebagaimana digambarkan oleh Sayyidina Hasan bin Ali radhiaLlahu anhu.
Semoga Allah memudahkan kita untuk menjauhi diri daripada berakhlak dengan akhlak – akhlak yang buruk dan terhina. Bersamalah menghias diri dengan sifat – sifat agama yang mulia.

Perbezaan Umrah dan Haji...

Simple post daripada saya.. Mungkin ramai lagi tak tahu membezakan antara umrah dan haji.. Mereka bertanyakan kepada saya, hjr pergi bulan berapa? saya jawab bulan 5-6... umrah ke haji?? saya jawab umrah... mungkin ramai x dapat lg mengetahui antara umrah dan haji.. Maid akak saya juga tadi bertanyakan antara umrah dan haji...

Perbezaan yang mudah sahaja :

1. Umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja... tak kira bulan, hari, masa... manakala Haji dikerjakan pada 8-10 Zulhijjah.. waktu lain tak boleh ya.. bukan haji nama nya...

2. Rukun umrah lebih sikit daripada rukum haji...

3. Umrah boleh dilakukan pada musim haji, haji tidak boleh dilakukan ketika musim umrah... itu sebab setiap tahun kita raikan raya haji, sebab menyambut Aidiladha.. kalau musim haji banyak kali setahun, selalu la kita nak kene sambut raya haji pulak kan...  senang cerita, Aidiladha adalah waktu orang melakukan haji..

Ini paling simple yang saya bagitau.. :)

Harap-harap lepas ni orang lebih

Friday, October 19, 2012

Saya telah menghadiahkan seseorang itu sebuah buku. Buku tentang khulafa' al-Rasyidin.. Saya harap dia gembira membacanya.. Itu hadiah tanda satu perubahan dalam diri dia.. Mabruk!

Ikhlas dari saya,
Hajar..

Wanita...

Assalamualaikum..

Hye.. kaifa hal? Hari ni just nak bercerita sedikit bagaimana cara-cara nak approach perempuan.. hahaha.. ini experience saya ya… saya buat beberapa situation..

1)      Ada sesetengah lelaki ni, terlalu straight to the point. Saya tak bersetuju sangat cara ni.. Ada kisah.. baru start kerja, seminggu terima sms nak jadikan calon isteri.. agak-agak la kan perempuan tu shock ke tak?? Bukan setakat shock je, confirm dia lari terus.. Seriously! Saya tak bertegur langsung dengan lelaki tu.. perempuan akan jadi tidak comfortable terus.. saya pun kalau boleh akan menjauhkan diri sahaja… come on! One week! Apa u boleh baca tentang seorang wanita??  Please… jangan macam tu.. perempuan tak suka ok!

2)      Di FB.. pun sama.. terlalu jujur la konon nya.. ini satu mesej yang saya terima.. “Hai. Nama saya ****. Saya tengok awak macam single, saya nak kenal awak secara mendalam dan menjadikan teman hidup saya..” Allahuakbar… kenal dulu! Jangan terjah cakap nak jadikan teman hidup terus.. ini bukan cara yang baik… dibuatkan tunang orang ke ape ke.. tak aniaya nama nya..

3)      Minta no. hp dari kawan si perempuan tu.. dah tu buat-buat salah no hp.. haiisshh.. ini bukan zaman 90an nak buat camtu.. jika lelaki buat macam tu terhadap saya, memang saya tak kan layan.. buat-buat salah nombor hp?? Errmm.. please…  kalau perempuan tu dalam mood yang gembira, mungkin dia akan melayan, tapi kalau perempuan yang mood tak ok, anda menempah untuk dikata bukan-bukan.. tapi saya, baik mood tgh ok ke tak ok ke, saya tak suka cara sebegitu… minta maaf…

4)      Ada seorang lelaki ni, pada mulanya saya comfortable berkawan dengan dia, tapi lama kelamaan saya rasa dia seorang yang bukan sejiwa dengan saya.. dan apabila perasaan tidak suka dah mula dalam diri si perempuan, lelaki please act slowly, bukan nya melakukan sesuatu yang perempuan tu tak suka..  hantar bunga la, bagi surat yang panjang berjela.. (baik baca quran dari baca surat cinta 10 pages!), datang menghantar ke airport, dan lain-lain…  kalau perempuan dah rasa hambar dengan anda, tak perlu anda bersusah payah.. faham rentak wanita itu juga.. jika dia rasa anda adalah orang yang benar-benar menarik di mata dia, dia akan cari anda.. please! Saya sendiri rasakan lelaki itu sangat annoying..

5)      Last skali, jangan memulakan perkenalan dengan mengganggu perempuan tu. Maknanya mcm ni.. “hye cik Adik! Boleh kenal?” kalau perempuan tu melayan maknanya perempuan ni tak ok.. perempuan yang ok, dia tak melayan… seriously! Percaya cakap saya..

Cara yang betul untuk approach seorang wanita jikalau benar untuk dijadikan isteri bukan kekasih hati! Tiada istilah kekasih hati sehingga halal wanita itu kepada anda…

1)            berkenalan dahulu dengan cara yang baik.. bukan terus bertanya ada bf ke tak.. tak sesuai… seriously… kenal hati budi wanita itu dulu.. mungkin sesuai mesej dari FB… itu ok pada saya…  penyusunan ayat penting ya..

2)            Apabila respon yang baik, barulah member no hp kepadanya…  kalau dia member phone number, maknanya positif tapi itu belum tentu si perempuan menyukai anda ya.. mungkin perempuan ini juga masih dalam sesi mengenali hati budi anda..  J

3)            Dan bila layanan wanita itu seperti seorang yang caring, bertanya khabar…yes.. baru berterus terang yang anda menyukai nya dan ingin menjadikan pasangan hidup.. itu baru betul.. bukan main terjah tak tentu pasal… sakit kepala…

Tapi kalau ditanya saya nak seperti mana.. saya akan jawab… si lelaki yang saya tidak kenali identiti nya, memerhatikan tingkah laku saya, menganggap saya layak menjadi zaujah nya, dan apabila saya dapat tahu ,hati saya gembira dan saya rasa dia selayak nya, dia ingin bertemu orang tua saya, maka dialah bakal pelengkap hidup saya… tentang bercinta, biarlah percintaan yang halal saya perolehi.. cukuplah dengan dosa yang lepas saya lakukan.. tak perlu untuk menambah lagi dosa yang belum tentu terhapus.. biarlah lafaz akad nikah itu tanda permulaan kami bercinta dan tamat dengan kematian….  


Assalamualaikum..

Tuesday, October 16, 2012



Assalamualaikum..

Hye.. Apa khabar? Hopefully dalam lindungan Allah..sedang free sekarang ni… so just nak berborak kosong.. Alhamdulillah.. makin ramai saya lihat orang berubah kepada kebaikan.. syukur Alhamdulillah.. dulu kan.. zaman-zaman AF tu.. (ok! I tak suka tengok AF ok…)  saya tengok Sham Kamikaze.. terdetik dalam hati saya, “dia ni handsome, kaya,tapi tak guna kalau telinga bertindik.. tak nampak macam orang Islam… semoga satu hari nanti, terbuka hati dia untuk berubah menjadi orang Islam”.. itulah yang di dalam hati saya… Subhanallah… satu hari saya baca paper, saya lihat Sham Kamikaze yang dulu saya rasa seperti pokok krismas bertindik bagai, menjadi seorang umat Muhammad yang sangat dibangga.. He’s changed! Alhamdulillah.. Thank you Allah.. hati saya gembira.. gembira yang teramat..sekarang dah ramai lagi artis dah berubah... saya yang happy lebih.. bagus la.. masuk syurga ramai-ramai ok... :)

Saya bukan yang suka tengok TV.. nope… TV adalah pilihan terakhir saya ketika bosan.. itu sebab saya tak berapa kenal sangat artis kt Msia ni.. pernah saya jumpa Fizo Omar di pasar ramadhan dengan mak dia 2 tahun lepas ke tahun lepas mcm tu la... dia terlanggar saya, saya jeling dia… saya tak kenal dia sapa sebenarnya.. cousin saya tarik saya, cakap yang langgar saya tu Fizo Omar…  ha.. nampak kan saya tak kenal artis.. Fizo yang popular dikalangan perempuan pun saya tak kenal…. tapi kalau artis berubah ke ape ke, InsyaAllah saya akan kenal.. hihihi...mcm Diana Amir ke... Irma Hasmie ke.. (psst: saya tengak tweet Fizo dari peminat mak aii...  follow sebab terlanggar ni la.. ooppss.. dia melanggar saya.. haiisshh... kesian bakal imam ku.. makmum dia kena langgar pulak..)

Sekarang pun dah ramai artis bertudung.. lawa kan mereka bertudung.. tapi bertudung ni perlu ikut syariat, bukannya untuk bergaya.. sekarang ni saya tengok ramai pakai tudung tapi tutup rambut je.. tapi leher, dada semua tak bertutup.. tak de beza dah antara bertudung atau tak… cuba lepas ni kita cuba bertudung mengikut syariat Islam.. bukan susah pun kan… jom.. saya perbaiki diri saya, anda pun perbaiki diri anda…

Ha… ada lagi… untuk perempuan lagi… bertudung tapi tak solat… ya Allah.. sangat menyedihkan.. Saya pernah berborak dengan mak, mak kata, ada ceramah mak pi, ustaz ni cakap ada sorang perempuan bagitau dia, “saya solat tapi saya tak bertudung..” ustaz tu jawab, “awat tak cakap saya solat tapi saya n***d… itu tak guna namanya”.. terdiam saya…   so mak, kalau yang bertudung tapi tak solat macam mana pulak? Simple answer from mak, “itu lagi tak guna!”… hihihi.. saya gelak je… kih kih kih…  pernah tak dengar, tak guna buat amalan lain kalau tunjang utama tak buat.. umpama rumah tanpa tiang, memang tak kukuh… umpama pokok yang lebat daun tapi tak ada buahnya.. umpama kereta yang dihias cantik, tapi tak ada enjin kereta.. uiisshh.. tak mau la jadi macam tu kan… InsyaAllah bila solat terjaga, yang lain juga pasti terjaga..

Raya haji lagi 2 weeks.. baik-baik balik kampong.. saya balik johor!! Weee… dah lama tak balik johor.. 

Lunch time!!!! Bye!

Arak menjadi Madu....



Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?" 

Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar(arak). Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agam itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu. 

Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu." Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar. 

Allah Taala berfirman, " Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'. Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?" Jawab Rasulullah, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "

Monday, October 15, 2012

Luxurious Cave House in Historic City

 The Domus Civita is a house located on the top of the Etruscan tombs and caves in Italy . Originally built in XIV century, the owners have attempted to preserve all the natural beams, stone walls and floors while transforming this natural cave into a comfortable living space. The house has been fully restored, maintaining all historical value, and now boasts a heated pool and wine cellar.