Assalamualaikum..
Maaf maaf maaf.. saya janji nak update tentang umrah tapi
dah balik seminggu lebih masih tak larat untuk update blog.. Jika 2012 saya
menceritakan keadaan di Mekah & Madinah, mungkin kali ini berbeza cerita
nya.. Kita bercerita tentang keadaan di sana..
Ok.. Ni link 2012 (buat siapa yang tak membaca nya lagi.. )
Saya berusaha mengumpul cerita untuk dikongsi bersama anda
semua.. eceeehh.. cerita pertama saya kali ini ketika di Madinah.. di dalam
Masjid Nabawi.. Sementara menungggu masuk waktu, kita akan melihat ramai akan
bersedekah.. tak kira la sedekah apa sekali pun.. Tapi satu perkara menarik
minat saya.. Seorang kanak-kanak kecil sibuk memberi sedekah kepada kami di
dalam masjid.. umur dia dalam 5-6 tahun.. anda tahu apa dia berikan kepada
kami??? Kayu sugi.. Subhanallah!! 2 kali saya ke umrah, tapi saya tidak pernah
mencuba untuk bersugi.. Apabila si anak kecil yang comel ini memberikan saya,
itulah kali pertama saya bersugi.. Siapa kata bersugi tak best memang silap!
Saya merasakan keseronokan bersugi kerana dalam fikiran saya, “ohh macam ni
rasa nya bersugi… Rasulullah pun bersugi…”
Seterusnya, cerita masih lagi di Madinah.. pernah saya niat
di dalam hati sebelum bertolak ke Tanah Suci.. Temukan saya dengan rakyat
Mesir.. yup! Allah dengar doa saya!! Selepas solat Isya’ hari pertama di
Madinah, keluar dari pintu (terlupa), saya bergambar di perkarangan Masjid
Nabawi.. Datanglah seorang Arab ini meminta tolong saya menangkap gambar nya..
Setelah selesai saya bergambar dengan si dia, saya sambung bergambar bersama
sepupu saya.. Saya menunjukkan tanda R4BIA… Si wanita arab ini datang kepada
saya lalu mendakap saya.. “where are you from?”.. “Malaysia.. and you?”, “I am from Egypt!” Entah tak
semena-mena saya terus mendakap nya.. Rasa ingin meraung yang teramat!! Ya
Allah! Kau makbulkan doa ku… cerita tidak habis disitu... keesokan hari nya
saya ke Raudhah.. Siapa sangka dalam kawasan Masjid Nabawi yang besar ini saya
akan bertemu dengan perempuan Mesir ini... dengan semangat dia mengejar saya.. “Hajah!
Hajah! From Malaysia!!” membuatkan saya tertoleh dan dia terus mendakap saya..
Allahu Akbar.. sayu nya hati saya.. dia mengenalkan saya dengan keluarga nya
dari Mesir... Seperti ayam dan itik perbualan kami.. Subhanallah! Semoga menjadi
kenangan antara kami.. InsyaAllah...
Seterus nya, impian makcik saya yang ingin melihat macam
mana payung di perkarangan Masjid Nabawi.. itulah niat dia setiap kali ke
masjid nabawi.. Hari terakhir kami ke Masjid Nabawi untuk melakukan ziarah wida’,
Allah makbulkan doa makcik saya.. para petugas di Masjid Nabawi sedang
membersihkan payung-payung di situ... Ya Allah.. di Madinah, cakap apa sahaja..
InsyaAllah akan termakbul.. Juga sama seperti di Mekah... apa lagi?? Saya bagitau
saya nak pusing satu masjid nabawi untuk berjalan-jalan di sekitar masjid,
sebab 2012 saya pergi, saya tak dapat melakukan nya.. Alhamdulillah.. 2013 saya
dapat!! Seperti biasa, setiap apa yang kita minta, Allah tunaikan jangan lupa
buat sujud syukur...
Kami ke Raudhah.. Berbeza pada 2012 kami pergi.. di asingkan
mengikut benua... group berbadan kecil (orang asia), berbadan tegap (orang
timur tengah) dan etc... 2012 kami tidak mendapat solat di Raudhah.. kerana
terlalu ramai sangat orang.. tetapi Alhamdullilah..kali ini hajat kami
tercapai.. tiada pembahagian mengikut benua... kali ini kita marathon! Siapa cepat
dia dapat! Dalam hati saya, “InsyaAllah.. saya akan habiskan tenaga sehabis
mungkin untuk berlari untuk solat di tiang raudhah!!” itu saya pegang dalam
hati saya... apabila buka sahaja pintu raudhah, saya tewas dengan anak-anak
arab.. mereka berlari sangat laju.. saya berjubah + beg sandang, berlari sekuat
tenaga... Subhanallah.. nasib baik tak tersungkur! Saya berstokin berlari di
lantai yang licin.. dapat jugak!! Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!! Thank
you Allah!
Di Madinah, kami diberi hadiah daripada Allah... Allah
menghantar Prof Kamil untuk member tazkirah petang kepada kami.. Jujur saya katakan,
kata-kata beliau membuatkan saya banyak berfikir tentang diri saya.. dimanakah
letak nya saya di hari akhirat.. tangan manakah akan menyambut catatan malaikat
tentang amal saya?? Adakah tangan kanan saya? Atau tangan kiri saya? Jikalau
tangan kanan Alhamdulillah.. Jikalau tangan kiri, hanya ketakutan yang akan
dirasai....
Ada satu sifat lelaki arab yang menjadi kemarahan saya..
saya panggil bell boy untuk mengangkat beg-beg saya ke bawah.. kami nak
berangkat ke Mekah.. Jadi seperti biasa, atas bantuan dia, saya hulurkan
beberapa keping note untuk dia.. hanya
memegang hujung duit itu kerana saya berwudu’, saya memberitahu arab itu saya
ada wudhu’, hati-hati mengambil duit ditangan saya.. saya tak tahu la.. dia tak
faham atau dia buat-buat tak faham.. sebelum tu pandai pulak bercakap dengan
saya.. dia menyentuh jugak tangan.. Astaghfirullah... Hati saya cukup membara ketika
itu.. akhirnya saya decide untuk menggunakan sarung tangan ke mana sahaja..
bagi mengelakkan disentuh oleh lelaki walaupun dalam keadaan ada wudhu’ atau
tidak.. Mungkin Allah nak bagi saya petunjuk.. setiap kali bayar toll,
kadang-kadang pasti kita tersentuh tangan lelaki bagi yang perempuan, dan
sebaliknya... jadi since balik mekah, apabila saya melalui toll, pasti saya
akan bersarung tangan... bagi mengelakkan bersentuhan.. lain keadaan di kedai..
duit boleh diletakkan atas meja.. tapi di toll, ditakuti duit jatuh ke bawah..
ok!
Seterusnya cerita di Mekah.. Subhanallah... ujian demi
ujian.. itu adalah perkara biasa.. Kita akan lebih teruji di Tanah Haram..
Ujian ini yang memperlihatkan diri kita, dimanakah letak nya kesabaran diri
kita...
2012, saya mengimpikan untuk memanjat Jabal Rahmah.. dimana
tempat pertemuan Adam dan Hawa.. Saya nekad, saya ingin memanjat Jabal Rahmah
kali ini.. Banyak kali saya berpesan kepada ustaz yang membawa kami..
saya nak naik jabal Rahmah... Alhamdulillah.. kali ini impian saya
terlaksana... tetapi ada cerita sedikit tentang keadaan di Jabal Rahmah ini... Ada seorang pakcik yang agak uzur ingin naik ke Jabal
Rahmah... Maka datanglah seorang arab ini untuk membantu pakcik ni.. Pada
pakcik ini mungkin niat nya baik untuk membantu, setiba nya di atas, diminta
nya 50 Riyal... Allahu Akbar... pakcik ni membayar juga.. jadi pada dia,
apabila dah naik, sure arab ni akan membantu dia untuk turun... dipertengahan
bukit Rahmah, si arab ini meminta 50 riyal lagi.. dan dia cuba menolak pakcik tu..
Saya terperasan kejadian itu, lalu saya dari kaki Jabal Rahmah terus menjerit
pada si arab tu.. Mungkin arab tu cuak, dia cepat-cepat lari.. Alhamdulillah. Nasib
baik kawan saya Nazri ada di situ, saya minta tolong Nazri ambil pakcik tu
dibawa ke bawah.. kadang-kadang saya tak faham sikap orang arab ini... errrm..
Saya tak faham kenapa bangsa arab ini tiada respect terhadap
bangsa lain.. mengetuk kepala kita sesuka hati.. ada satu hari, ketika kami
sedang beriktikaf di dalam masjid dan menanti waktu solat.. tempat yang kami
duduk langsung tiada ruang, datanglah seorang arab berbadan besar yang ingin
duduk di antara saya dan sepupu saya.. sejengkal pun tiada antara kami, macam
mana nak kasi dia duduk.. Allahu Akbar.. Jadi saya menunjukkan kepada si arab
ini, duduk di bahagian hadapan.. cukup marah dengan saya, dia mengetuk kepala
saya.. saya dengan tak semena-mena terus bangun dan pergi ke arab tu, lalu
dengan suara lantang, “Please don’t be rude!! You are Muslim! I am also Muslim!
Respect each other!!” Arab-arab wanita terkejut melihat saya.. mungkin ada
bangsa lain yang berani melawan mereka.. niat saya satu, saya nak dia respect
bangsa lain... saya tak marah dia buat pada saya, tapi saya akan marah dia buat
pada orang tua bangsa Melayu... bukan wanita arab yang tua sahaja berperangai
mengetuk kepala orang, anak-anak mereka juga sama.. dipukul-pukul orang tua yang
dari Malaysia ini..ya Allah.. bila ingat-ingat geram pulak saya..
satu lagi,
saya minta bila anda di Mekah, jika bagi 100 riyal, beli barang 20 riyal, check
semula baki.. 2 kali saya kena.. saya bayar 100 riyal, saya beli barang 27
riyal.. dipulangkan saya 23 riyal... apabila saya kira, tak cukup 50 riyal..
saya datang semula pada arab tu memberitahu yang kurang 50 riyal.. dia hanya
gelak-gelak sambil menghulur kan 50 riyal... Allahu Akbar.. di Tanah Haram pun
masih lagi tak takut membuat dosa... Ok.. cukup Hajar! Jangan diikutkan
perasaan marah.. marah sifat syaitan... saya pun dah lupakan dan saya harap
mereka berubah..
Sebelum saya ke Mekah, saya bagitau kawan saya, “boleh tak
saya doakan Allah balas semula semua perkara apa yang dah dilakukan oleh bekas
t***** pada saya?” , “jangan hajar...
doakan kebaikan dia..” Satu hari saya mendengar ceramah.. apabila orang berbuat
jahat kepada kita, kita doakan agar dia berubah... jangan sesekali mendoakan
untuk membalas apa dilakukan.. Takut Allah berikan balasan itu kepada diri
kita... jadi di Masjidil Haram saya teringat dia ketika berjalan bersendirian..
dalam mindset saya, “aku nak Allah makbulkan doa aku.. aku mesti doakan yang
baik-baik sahaja untuk dia walaupun sekecil kuman pun dia tak ada dalam hati
aku lagi..” Betul... Allah makbulkan semua doa saya yang mana saya minta...
Di Mekah, mak mengingatkan saya memakai purdah dan sarung
tangan memandangkan hotel kami jauh di atas bukit, dan agak sunyi jikalau
hendak ke masjid... saya akan pergi sendirian jam 3.30 pagi... mak akan pergi
bersama kawan mak... Sebagai pendinding, ayat kursi sentiasa berkumit di bibir,
tasbih ditangan sentiasa berzikir.. bagi keselamatan diri.. Ingat tak cerita seorang wanita yang berjalan
bersendirian, tetapi dia tidak dirogol.. tetapi orang selepasnya itu yang
dirogol?? Kalau tak tahu kena google balik.. berlaku di US... kenapa dia
terselamat? Kerana ayat kursi dan zikir dibibirnya...
Pesan mak pada hari ke 4 kami di Mekah.. Mak dan
makcik-makcik nak bermiqat di Tana’im.. saya memberitahu emak yang saya tak
buat umrah.. saya nak perbanyakkan sunat tawaf... Mak sempat berpesan, pergi
cium Hajarul Aswad... jadi saya tanam di dalam hati, kali ini saya nak cium
hajarul aswad!! Ramai berpesan kepada
saya, kalau nak cium Hajarul Aswad, buat solat sunat taubat dan hajat... ketika tawaf, adalah sangat sangat bagus
untuk berdoa... jadi doa saya adalah satu sahaja ketika itu, saya nak cium
Hajarul Aswad... Apabila melihat manusia berasak-asak di Hajarul Aswad, hati
saya terus luluh.. saya takut.. perkara sunat, menjadi haram kerana
berasak-asak dengan lelaki.. diberi peluang untuk berdoa di depan multazam..
tanpa henti sy berdoa.. dan saya mencuba nasib.. Semoga Allah mempermudahkan
urusan saya.. betul berdiri tegak dengan hajarul aswad.. dari belakang saya
ditolak ke hadapan.. ditolak-tolak sehingga saya dapat mengucup nya..
perasaan?? Selepas mengucup, airmata saya berjurai tanpa henti tiada segan
silu... menangis kegembiraan.. gembira yang teramat.. ya Allah.. makbul doaku
untuk mengucup hajarul aswad.... Perasaan gembira yang tiada bandingan! Dapat ke UK pun tak segembira ini
Seterusnya, mungkin apabila anda membaca part yang ini rasa
nak termuntah.. ada mungkin kata gatal... ada mungkin kata saya gedik.. tapi
bukan itu semua yang saya ingin tekankan.. tetapi POWER OF DOA itu yang ingin
saya tekankan... ketika keluar dari pintu King Abdul Aziz menuju ke Zam Zam
Tower, sepupu saya berborak dengan saya, dan terpacul dari mulut nya.. “eh..
tadi nampak anak Yusof Haslam... Syamsul...” perjalanan kami terhenti
seketika.. saya memandang kepada nya.. “tipu ehh... cakap betul-betul...”.. “ya..
2 kali kak Edah nampak dia!”.. Allahu Akbar!!... Mereka tahu saya meminati dia apabila
penghijrahan nya.. bukan sebelum dia yang saya kenal.. kerana satu masa dahulu
saya cukup tidak suka kepada dia kerana dia tidak ubah seperti pokok krismas..
berantai..(maaf, perumpamaan yang agak kurang enak.. tapi memang ya! Seperti pokok
krismas! Yang penuh dengan hiasan!) Dalam senyap, saya berdoa seketika.. “ya
Allah.. aku teringin melihat wajahnya dihadapan ku... lihatkanlah aku di
hadapan mata ku..” doa yang cukup ringkas tetapi membawa makna yang dalam.. doa
nya seketika itu sahaja.. mana mungkin dalam beratus ribu jemaah di Tanah Haram ini, saya boleh bertemu dengan dia... POWER OF DOA... di Ladang Unta (masih di
dalam Tanah Haram), Allah beri saya peluang untuk melihat dia.. dengan keadaan
yang tenang... bukan keadaan bersesak.. Subhanallah.. itulah POWER OF DOA.. Doa
la sebanyak mungkin di Tanah Suci, InsyaAllah percayalah Allah akan makbulkan
samada cepat ataupun lambat..
Buat mereka yang mengirimkan doa.. Alhamdulillah saya telah
bacakan doa kalian.. saya minta maaf kalau saya ada terlepas pandang... tetapi
setiap kali ditempat mustajab, pasti akan berdoa, minta Allah makbulkan semua
doa-doa yang dihantar kepada saya samada yang mampu saya baca dan ingat
sekarang ini dan juga yang saya tak mampu baca kan..
Ohh lupa... ada yang bertanya saya.. banyak nya duit, tahun
lepas pergi tahun ni pergi... macam ni.. jika kita niat dalam hati, dan
sentiasa berdoa supaya jadikanlah aku tetamu MU ya Allah.. percayalah Allah
pasti akan makbulkan doa kita.. bukan nya, apabila kita tengok gambar kaabah
baru kita berdoa.. tidak.. silap tu.. tetapi letak dalam doa-doa kita selepas
solat.. ada cerita, sepasang suami isteri.. hanya bekerja kampong sahaja.. dia
sentiasa berdoa jadikanlah mereka tetamu ke Tanah Suci.. Allah lorongkan hajat
mereka untuk ke Tanah Suci setiap tahun.. ada je rezeki mereka, kalau diikutkan
gaji memang tidak cukup... jom doa doa doa!! Semoga 2014 Allah jadikan kita
tetamuNYA.. jadikanlah 2014 ini jalan petunjuk ke jalan yang benar kepada diri ini dan
jadikanlah tahun-tahun sebelum ini, jalan kegelapan sebagai pengajaran...
Ok setibanya di Malaysia.. seronok bertemu saudara mara dan
rakan-rakan.. soalan yang sama juga diberi.. jumpa tak pak arab kat mekah?? Senyum
manis yang saya berikan.. “alamak! Pak arab sana tak bagi balik Malaysia
laa..... jadi terpaksa la lupakan.. “ sekadar bergurau bersama saudara mara dan
sahabat handai.. macam saya katakan.. rezeki Allah yang bagi, jodoh pun Allah
yang bagi.. jangan ditanya bila?? Tetapi doakanlah ya...
Akhir kata, buat yang memberi hadiah sebelum saya berangkat ke Mekah, seperti jubah, telekung, tudung, shawl, duit saku.. terima kasih banyak-banyak.. Jazakallah Khairan Khatira...
Take care everyone...
May Allah bless you!!
Gambar-gambar umrah 2013 ada di upload di facebook.. Album Umrah 2013.. jangan salah fb!
Psst:saya akan share tentang buku “KOMPAS UMAT AKHIR ZAMAN”..
buku yang terbaik!!
panjangnye...
ReplyDeletekiriman tak sempat nak bagi aritu hmm
semoga doa2 lain juga dimakhbulkan
keep praying and praying :)
Salam. saya ingin berkongsi tentang memaafkan bekas T*****. "letting go something bad isn't sign of failure but the sign of maturity that you have taking of yourself"
ReplyDeleteThank you
Yang pasal arab menipu di jabal rahmah tu mak dan ayah saya pun ada kena. Mak ayah g umrah tahun 2015.ni merupakan tahun pertama mereka ke sana. Smpai atas pak arab bantu mak amik gambar wpun ayah dh ckp xmahu.mak ingtkn pak arab nk tolong ikhlas. Lps amik gmbr dia paksa mak ayah bg duit.ayah bg duit, dia mintak lg byk.ayah mula ignorekn dan tarik mak utk turun.pak arab mula tolak tolak ayah hampir nk jatuh.mak start mnngis nk paksa ayh bg duit.ayh pun bg amount bape riya yg pak arab tu minta. Gambar yg diambil pak arab xcantek pun sbb dia snap dlm keadaan cepat dan kelam kabut seolah takut2.gambar blur,mak tak bersedia,muka xsempat pndg kamera. Kejadian tu mnyebabkan ayah sedikit marah kt mak sbb katanya asyik nk bgambar saja smpai kena tipu. Lps reda sikit,ayah mtk maaf kt mak.mak blk mkysia ceritakan kejadian ni kat anak2..
ReplyDelete