1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah
S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat
Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam,
dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan
waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada
Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan
"khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama
Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang
dinamakan "Israk" itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang
perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh
malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu
(tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh
Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara
tempat-tempat berkenaan ialah:
i.
Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan
hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu
daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);
Dalam
perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin
'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa
simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§
Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.
apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum
lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W.
dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang
digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga
gandaan yang lebih banyak.
§
Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail :
Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama
suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk
menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh
beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali
dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian
dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah
orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§
Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur)
dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka
makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah
orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§
Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk
sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki
dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu
masing-masing mempunyai isteri / suami.
§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§
Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya,
tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat
menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§
Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan
penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir
mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat
fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§
Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan
menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§
Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak
dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang
bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§
Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan.
Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika
Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan
mengutamakan dunia daripada akhirat.
§
Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah
berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail:
Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§
Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan
sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan
menanti saat hari kiamat.
Setibanya
di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam
masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan
mursalin menjadi makmum.
Rasulullah
S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak
dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail:
Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai
umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan
Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail
naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu
Hafzhah).
.
Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit
pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat
orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang
berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina
lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
i.
Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua,
lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
ii.
Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii.
Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris
A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v.
Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi.
Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh
oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai,
termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vi.
Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh
lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di
Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A.
W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah
pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka
berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah
HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A.
S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka,
syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima
kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH
ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL-
'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan
ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa
peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam
Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas
Baitullah di Mekah).
vii.
Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan
dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai
keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu,
sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya
berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.
Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh
manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai
Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke
syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
viii.
Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok
Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke
Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib
di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah
berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu
bapanya.
ix.
Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan
Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata
kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan
Muhammad, Rasul-Nya:
Allah
S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah
kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb.
Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia
kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan
Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan
kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun
dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin.
Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat
menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau
lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu
sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan
amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan
umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu
pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak
aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di
akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku
berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar
makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka
Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan
atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4.
Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S.
kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W.
merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah
waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali
dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang
lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu
juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah
S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke
Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada
malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa
peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan
Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku
pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).
Wallahu'alam.
(Sumber
: Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj
bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap
kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati
pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang
baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj
yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran
seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah
dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya
peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati
benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada
melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga
adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan
peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi
sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa
Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan
kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala
telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda
Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum
Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan
hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa
yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya
sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha
Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..
VG info...
ReplyDelete