Saturday, June 2, 2012

Ketam Masak Cili Api

Seperti biasa, jika balik kampung, kerjaya  sebagai bank executive terpaksa ditukar kepada chef... hahaha! macam la kau masak sedap sangat Hajar!! tapi kan... akak ipar saya kata lauk saya sangat sedap... hihi! perasan... (itu sebenarnya nak ambik hati hjr je sebab hjr dah masak kan... hahaha!)

Resepi:

Ketam yang telah dibersihkan sehingga bersih 
Cili padi
Bawang kecil
Bawang putih
Daun Kunyit
Serai
Kunyit Hidup
Santan

Blend cili padi + bawang putih + bawang kecil + kunyit hidup

Masuk kan ketam dalam periuk dan campurkan bahan-bahan yang telah diblend tadi... Masuk kan air, serai, daun kunyit yang telah di potong, garam, ajinomoto kepada yang menggunakan nya.... kalau rasa dah ok, masuk kan santan.. jangan tinggalkan santan, kene kacau takut pecah santan...

Siap dihidang!!!!!

Tadddaaaaaa!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment