Sunday, May 20, 2012

Hajar Si Penyelamat & Bomoh Tak Bertauliah..

Ini cerita sebelum tidur Hajar... ada satu sem, kolej kami di serang histeria.. sangat gila ok! ada satu malam, ustaz tak ada, so yang tinggal hanya AJK tertinggi kolej termasuk saya.. Bendahari Kolej yang sangat gila-gila!!... YDP kolej memang tak berani, akhirnya diaorang panggil saya.. panggil kak hajar tak membantu dek oiii.. kak hajar pun pengecut... tapi nak tak nak, saya pergi jugak la.. yang betul-betul berani sahaja pegang budak tu... sampai je saya ke bilik junior ni, "kak hajar! cepat pegang dia.... " tapi budak tu senyap je... (serius macam bomoh pulak malam tu!!) saya pernah teringat pesan mak, baca kan Ayatul Kursi.. semua yang dekat situ, saya minta baca... dan beberapa orang saya arahkan panggil seorang pengawal UiTM yang boleh dikategorikan Tok Bomoh gak la...sementara menunggu tu, tiba-tiba mulut saya ni boleh gatal menanya, "apa sebenarnya kau nak kat budak ni eh??"  bila dia sahut, "aku nak kawan je.."..lintang pukang semua lari... saya sekali lari tinggalkan budak ni... masa tu huru hara kolej dibuatnya.. tapi saya tak lari jauh, saya panggil balik budak-budak yang pegang dia, sama-sama pegang balik... yang lain dah panic.... saya kuatkan semangat ketika itu, bertanyakan macam-macam soalan... (dah saya kata macam bomoh saya malam tu..) rupanya, ketika balik dari kuliah malam, budak tu balik sendirian, lalu la bridge kat tasik UiTM Melaka tu... n then "benda" tu ikut la sekali sebab budak ni baik sangat.... Tahu tak "benda" tu orang Kelantan.. sumpah saya tak tipu! Telo Kelantan habis... nasib baik ada budak Kelantan, dia yang tolong translate kan... haishh.. dah rasa macam cerita dongeng pulak... tapi serius ini yang saya hadapi...saya dengan terror nya, sama-sama tarik budak tu bawak pi bathroom mandikan dia.... (sebenarnya saya pun tak tahu la apa motif mandikan dia.. dalam otak saya, nanti "benda" tu sejuk, dia lari la keluar... hahahaha!) serius lawak gila.... tak lama selepas tu, datang la Tokk Bomoh.. Tok bomoh terkejut tengok budak tu basah kuyup dikerjakan saya... hahaha.... Alhamdulillah... "benda" tu keluar akhirnya.....

Itu baru malam pertama.. Malam kedua... (masa tu jerit kat dalam hati, "Weyh!! aku nak exam la esok!!! jangan la asyik kacau budak kolej aku.. tu budak kolej lelaki tu.. pi kacau sana!!) penipu kalau saya cakap saya berani.... Tiba-tiba, ada orang menjerit dari luar sedang saya baca buku ni... "kak Hajar!!! budak tu histeria lagi!!!!" mula la panic....kelam kabut dibuatnya... Panggil lagi Tok Bomoh yang sama... mak aii... kalau semalam "perempuan" yang ingin berkenalan di tasik.. yang ini up lagi.. hulubalang nama Ali.. tanya baik-baik, kenapa kacau ni.... hulu balang ni kata ada budak lelaki main mercun ketika mereka sedang tidur...dalam hati saya, hey Ali! yang main budak lelaki, apahal plak budak ni yang dimasuk nya... tapi tak berani la saya cakap macam tu.. dia nak budak yang main mercun tu jumpa minta maaf kat dia... tak ke menyusahkan nama nya... dah saya jugak jadi mangsa ke kolej lelaki, jumpa YDP, mintak bawak sapa yang main mercun... (dalam hati saya masa tu, eh budak!! aku sepak korang kang...aku ada exam tahu tak esok!!!) tu dah terlalu geram.. tapi dalam hati je.. tak kan nak cakap.. kang saya pulak kene sepak dengan diaorang.... selepas mengadap si Ali ni, baru la Ali kembali ke tempat asal... haiisshh... lega rasanya...

ehh.. belum habis... itu malam kedua.. ada lagi.. malam ketiga... kene meracau lagi budak ni..... kali ni kiteorang confuse pulak.. budak lelaki tak main mercun... so, apa yang tak kene lagi dengan si Ali ni.... Ali cakap dia nak jumpa 3 budak perempuan yang datang ke tangki air petang tadi... haiiisshh.. memang masa tu saya naik hantu betul... bila ditanya-tanya, ada sorang budak ni kata ada 3 org budak perempuan datang kolej petang tadi.. tp dia dari kolej lain... ha???? kolej lain??? maka kat UiTM Melaka  ada lebih dari 5 kolej perempuan.. tak ke menyusahkan nama nya nak mencari dari kolej ke kolej... seperti biasa, saya menjadi mangsa untuk mencari budak 3 orang ini... dengan bantuan YDP Kolej lelaki dan beberapa AJK Kolej lelaki membantu saya  mencari dari kolej ke kolej... korang tahu pukul berapa masa tu?? 1 pagi ok!!!!  macam tak ada kerja kan.... dan budak tu adalah kolej last sekali yang kami pergi... memang dugaan rasa nya... saya masa tu memang dah macam orang hilang akal menjerit-jerit kat budak tu... aku pulak yang macam histeria....semua cuba sabarkan saya.. lepas mengadap si Ali tu sekali lagi, baru la Ali balik.. siap Ali warning tu, lepas ni kalau berlaku lagi, satu kolej Tun Putih kene histeria.... sapa tak panic bila dia cakap macam tu kan????  sangat panic...

Malam seterus nya.... esok pagi saya cabut balik kampung!!!! saya call mak, mak suruh balik.. ulang alik je ambik exam..... saya tak mau ambik tahu dah pasal histeria kat kolej... lama-lama saya yang histeria dibuatnya...

dan si Ali tu.. menjadi sejarah Kolej Tun Putih... Semua kalau sebut Ali, pasti ingat akan hulu balang yang datang masuk dalam badan sorang penghuni Tun Putih....  dan budak tu? quit dari UiTM kerana si Ali... hai la Ali.. kau bukan menyusahkan saya je,, semua orang kau susah kan.....

1 comment:

  1. hehe..org uitm melaka rupanya..tasik sebelah masjid sebelak blok camelia..:)

    ReplyDelete