Tuesday, May 1, 2012

CINTA SEORANG WANITA PART 5

Si dia masih lagi berduka.. Mengenangkan cinta ketiganya.... Sebelum mengerjakan umrah, dia dihadiahkan dengan kepulangan cinta ketiganya... Betapa gembira nya dia... Bertemu dengan orang yang disayangi setelah setahun lebih menanti... Mereka tak melepaskan peluang untuk bertemu, berkongsi cerita walaupun pada hakikatnya mereka tahu hubungan mereka telah tamat... Pada dia, masih ada jalan untuk memperbaiki segala-galanya... Dilakukan yang terbaik untuk cinta ketiganya supaya segala-galanya kembali jernih...  Walaupun setelah si cinta ketiganya pulang semula ke Eropah, mereka tetap berhubung seperti orang yang dilamun cinta... bermesej setiap masa, ber"viber" bersama, berkongsi gambar.. hanya gelak tawa yang didengari ketika itu... tiada lagi tangisan untuk seketika.. Alhamdulillah.. itu yang terdetik di hati si dia... perhubungan nampak baik... Bersyukur teramat kepadaMu Ya Allah... adakah ini yang terbaik untuk dia?

Si dia akan bertolak ke Jeddah pada malamnya.. Mereka tidak melepaskan peluang untuk ber"ym" sebelum si dia terbang jauh dan itu adalah kali terakhir mereka ber"ym"... Tidak dengan "ym", si cinta ketiganya sentiasa menghantar mesej melalui whatsapp menunjukkan betapa sedihnya kerana mereka akan berjauhan untuk seketika.. Si dia sempat menelefon si cinta ketiganya sebelum "boarding"... hanya gelak tawa yang didengari... Si cinta ketiga tidak lupa mengingatkan si dia supaya berdoa untuk bersama.. Si cinta ketiga siap berpesan untuk jubah... Wahh.. berbunga hati si dia apabila si cinta ketiga minta belikan jubah... Semangat yang teramat untuk dicarikan....

Setiba di Abu Dhabi, si dia tidak melupakan cinta ketiganya sehinggalah si dia tiba di Madinah.. Si cinta ketiganya jugak tidak melupakan nya.. Mereka merasakan kegembiraan di saat itu... Perjalanan umrah si dia berjalan dengan lancar... Mulutnya tidak lekang mendoakan si cinta ketiganya... Setibanya di Mekah, ketika dalam perjalanan melihat Kaabah buat pertama kali nya, si dia menerima mesej dari si cinta ketiganya mengatakan si cinta ketiganya  mendapat interview.. Si cinta ketiganya meminta si dia mendoakan supaya si cinta ketiganya mendapat kerja itu.. Ya Allah... ini adalah berita paling gembira yang didengari si dia... dalam hatinya terdetik, "Ya Allah.. adakah doaku di Raudah termakbul?" tak sabarnya rasa di hati untuk tiba di Masjidil Haram berdoa supaya si cinta ketiganya mendapat pekerjaan itu... Umrah yang pertama disempurnakan dengan baik.. Alhamdulillah... Si dia tidak melepaskan peluang untuk berdoa di Multazam, Hijr Ismail, belakang Makam Ibrahim kerana si dia teringat pesan ramai orang bahawa itu adalah tempat paling mustajab untuk berdoa... Alhamdulillah.. dihatinya jubah untuk orang tersayang telah jumpa dan doa pun telah pun berdoa... Di dalam hatinya semoga segala nya berjalan lancar...

Sepulangnya si dia ke Malaysia, orang yang pertama yang di mesej sudah tentu cinta ketiganya.... ye la... tiada siapa di dalam hati kecuali cinta ketiganya ini... Pada mulanya si cinta ketiganya seperti biasa... Tetapi hari demi hari, si cinta ketiganya mula berubah.... berubah secara drastic... Bila ditanya kenapa berubah, dia teringatkan apa yang telah si dia lakukan.. si dia terkejut... difkirkan segalanya telah kembali pulih.... si dia telah berusaha berubah untuk yang terbaik.. si cinta ketiganya telah pun mendapat pekerjaan yang diidamkan... tetapi si cinta ketiganya cuba menjauhkan diri darinya.. apa salah si dia sebenarnya??? Bila ditanya, pasti tak lekang nama kawan si dia... Si cinta ketiga terlalu cemburu akan kawan si dia sedang telah berbuih si dia menjelaskan segala-galanya, si cinta ketiga masih tidak boleh menerima... Si dia tetap berusaha tetapi si cinta ketiganya tetap berkeras hati..... Tetapi si dia tetap mengatakan si cinta ketiganya orang yang baik dan mungkin si dia tidak cukup baik pada nya.. Si dia berusaha hari demi hari tetapi si cinta ketiga langsung tidak memandangnya... teruk sangat ke si dia ni sehingga dibuang begitu sahaja??? Disangka dulu alasan untuk putus kerana keluarga, tetapi sekarang lain pula jadinya... 

Sejak si dia pulang dari Mekah, memang ramai mendekati si dia tetapi pada si dia, hanya cinta ketiga sahaja yang mampu bertakhta di dalam hatinya.... walaupun ramai yang cuba, si dia tetap tidak memandang.... akhirnya si dia berusaha untuk menjelaskan segalanya melalui email... tetapi apa yang dia dapat lebih mengejutkan nya... si cinta ketiganya telah jatuh hati pada perempuan lain.... meraung, menjerit, itu yang berlaku si dia.. terlalu sedih... seperti terkena percikan asid.. ya Allah... kenapa macam tu sekali? apa salah si dia sehingga si cinta ketiganya ada perempuan lain? sedangkan si dia sabar menanti si cinta ketiganya... pada nya si cinta kedua nya dahulu sudah terlalu kejam, rupanya kali ini lebih kejam dari segalanya....

Di dalam doanya, si dia meminta hilangkan lah ingatan nya terhadap si cinta ketiganya supaya dia dapat meneruskan liku-liku kehidupan... walaupun telah ramai menasihati nya, tetapi umpama menyiram air di daun keladi.. tidak pernah didengari si dia... 

Kepada si cinta ketiganya, teruk sangat ke si dia ini sehingga mudah melupakannya dan mencari pengganti lain?

No comments:

Post a Comment