Conversation between Mak n Nyonya Sayur... (sila baca dengan intonasi ya... Hihihi)
Husband nyonya dah lama sakit... Selepas beberapa bulan terlantar di hospital.......
Emak: Nya, suami kau macam mana???
Nyonya : Sudah jalan...
Emak: wahhh... Bagus la sudah jalan... Tak susah ko Nya nak jaga... Nanti ko jangan lupe hantar sayur tau... Cepat tau Nya... Kedai mau guna la...
Nyonya: haiiyyaaaa... Petang nanti anak aku hantar.. Ini anak aku semua tidur.. Semua penat tak tidur malam tadi...
Emak : itu macam ka? Kenapa tarak tido?? *mak dah mula blurr*
Nyonya : Cina itu macam la... Mana boleh tito malam....
Emak : Nya, suami ko kenapa sebenarnya? Kenapa tarak tido??
Nyonya : haiiyaaa... Suami aku sudah mati laaaaa.....
Emak: haiyaaa.. Kau kata sudah jalan...
Nyonya : iya laaa... Jalan ke kubur....
*kami dengar conversation mak ni ketika tengok tv... Macam nak pecah perut kami gelak...
Thursday, May 31, 2012
Si Ha...
Akhir-akhir ni ramai panggil saya Si Ha.... ada sorang rakan-rakan dalam FB saya ni mesej saya, dia kata dia nampak saya di KLCC... tapi saya tak toleh dia... errrk.... (>_<) hajar tak toleh??? macam pelik je ni.. hajar tak toleh.. saya tanya dia, betul ke orang yang dia panggil tu... description tentang saya dah betul. and then dia cakap la, saya jerit panggil Si Ha.... looorrr.... patut la... memang sampai mati pun saya tak toleh... saya pun terlupa FB saya nama Si Ha... orang panggil saya Hajar... hahaha.. sorry!!! sorry!!! ke ke ke ke....
Sebenarnya ada sejarah di sebalik nama Si Ha ni... Si Ha adalah singkatan daripada Siti Hajar.. dulu saya nak jadi stalker... so, mcm-mcm nama saya fikirkan... akhirnya saya letak la Si Ha... supaya dia tak tahu siapa la makhluk nama Si Ha ni... tapi yang b**** nya, nama tukar Si Ha... profile pict muka sendiri!! serius ngek!! hahaha.. confirm-confirm la tahu hajar stalk dia... alahai... hajar.. hajar....kenapa la kau pandai sangat... stalker tak bertauliah... hahaha.. korang.. jangan la panggil hajar Si Ha.. sebab mcm pelik la... kikikiki.... hjr jadi kekok bile orang panggil Si Ha... kelakar pun ya jugak... hjr malas nak tukar nama Siti Hajar balik.... hihihihi...
tapi kan dulu hjr pakai nama SHARK... orang tanya, kenapa nak SHARK.... ohh.. sebenarnya kami ni dah mcm keluarga ikan dah.... abah terkenal dengan nama "Toman King..." Abang Ijib pulak dengan nama "Sebarau King"... abg Ait plak "Kelah King" kot... kak Anum pun ada... "Dolphin"... Kak Chom je tak ada.. so Hajar tak nak mengalah kan dan mahu baham semua ikan-ikan yang kecik, gunalah nama "Shark".. baru ganas kan... hihihi... tapi ada yang kata "Hajar.. Shark ni stand for what??? Siti Hajar Aladin Ratu Kebaya ke????" perghh! terror nya korang boleh carik.. hajar pun tak terfikir... serius tak de kaitan hajar dengan kebaya... nak tengok hjr pakai kebaya pun memang payah sangat kot... mcm mana pulak boleh dapat gelaran "Ratu"... hahahhaha!!!
Wednesday, May 30, 2012
"I am not a perfect woman and it's impossible to be a perfect person. But I try my best to be a good person.. I promise that I will do my best.. To do my duty to Allah, Prophet Muhammad, and my family...and to help other people as much as I can... Gambate Hajar!!!"
-SITI HAJAR BINTI ALADIN-
9.40 pm, Gombak, Selangor.
Tuesday, May 29, 2012
Perubahan Yang Drastic!!!
Wow..... Hajar!! Sangat berbeza ya.... Alhamdulillah... I am so happy... dan kalau boleh nak lagi kurus.. Usaha tangga kejayaan!!!
Gambar atas ni sehari selepas keluar ward 1 month ago.... memang naik habis!!! muka sedulang, kalau tampar memang best.... sebab lemak + daging sahaja....
Taaaarraaa!!!!!!! Ini Hajar ke??? he he he... 2 days ago... Serius berbeza.. Hajar dah semakin kurus... dan mencari berat yang ideal.... hihihihihi.....
Monday, May 28, 2012
Ohhh.. I miss my brother....
Hye guys... Selamat tengahari... Hopefully explaination hajar semalam memuaskan hati beberapa pihak... tadi tengah breakfast, hajar teringat abang hjr.. yes... I miss him so much... lama dah kami tak jumpa dan bergaduh.... :'(
Masa kecik-kecik, abang hjr ni gangster... kalau ada budak bergaduh/bertumbuk kat sekolah, orang yang kene belasah yang jumpa principal kan... tp dia ni lain... ada sekali ni, dia belasah budak, dia jumpa pengetua, dia boleh buat pengakuan berani mati.. "Cikgu, saya pukul budak..." tergamam pengetua.. tak pernah dibuat orang pi ngaku... tak pasal-pasal abah kene datang sekolah.. abah pun tak terjawab dah bila dengar macam tu... abang hajar sangat nakal zaman sekolah...
Setiap hari Isnin, di perhimpunan pasti akan ada seorang student yang bersyair atau pantun atau sajak.... tapi setiap minggu mesti muka dia yang naik atas stage untuk berpantun.. tak ada orang lain... korang jangan tak tahu, setiap hari ahad, dia akan paksa kak num buat pantun untuk dia.... gila betul.. dan satu pantun yang sampai sekarang hajar ingat berdasarkan mak cerita kan, "anak Cina main kotak, anak India main cincin, anak Cina kepala botak, anak India kepala licin.." serius! kalau pantun ni dibaca sekarang, confirm kene hentam.... and then seorang cikgu bangga dengan pantun dia tu.. cikgu mintak dia buat satu lagi pantun, dia boleh cakap... "saya seminggu sekali je boleh pantun, kalau cikgu nak pantun lagi, cikgu boleh suruh abang saya pantun pulak" sambil tunjuk kat abang Ijib (my 1st brother) kat perhimpunan... abg Ijib rasa nak telan dia masa tu... dia jumpa je abg ait, "jaga kau.. aku pukul kau balik rumah..." hahaha.. sangat la nakal kau... mak kerap ulang cerita-cerita lama bila kami berkumpul adik beradik... macam nak pecah perut kami gelak.... yang paling jahat, sudah tentu hajar.. (memang saya kutuk habis-habis!!!) walaupun beratus kali mak cerita, kami tak jemu mendengar... ruang tamu rumah la jadi tmpt kami adik beradik berkumpul, bergelak, berkongsi cerita... tapi skrg masing-masing dah jauh, susah nak berkumpul....
Kalau abang hajar baca blog ni, confirm dia gelak tengok adik dia yang gila ni berani bukak cerita dia kan... hahaha.... saya rindukan adik beradik saya sekarang ni.. rindukan untuk berkumpul beramai-ramai.. teringatkan satu masa, mak marah kami semua.. (dah besar dah masa tu..) masing-masing ada bilik masing-masing, tapi akhirnya sorang demi sorang lari masuk bilik hajar.. kami berkumpul adik beradik dalam bilik hajar, mak pulak tengah marah kat luar... akhirnya kami 5 beradik tidur dalam satu bilik sama-sama lepas berborak n bergelak, mak pulak tak boleh nak kata apa...dan saya rindu kan juga akak-akak saya peluk saya walaupun dah besar... ada anak dia tanya, "kenapa mak peluk mak su??" "ni adik mak, biarlah mak peluk macam baby..." hihihi... sweet kan...
To my brothers and sisters, I luv u so much guys!!!
To my brothers and sisters, I luv u so much guys!!!
Qada' dan Qadar Allah
Qada dan qadar ialah ketetapan Allah yang telah ditentukan sejak dari azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian seperti mana yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, sebelum kejadian alam semesta, Allah menetapkan gas atau asap akan memenuhi angkasa raya diikuti dengan kejadian bintang-bintang dan planet-planet dan itulah sebenarnya yang telah berlaku tanpa dapat dihalangi. Allah menetapkan satu bahagian oksigen perlu bercantum dengan dua bahagian hidrogen untuk menjadi air dan hakikat ini tidak dapat diubah sampai ke bila-bila. Allah menetapkan kaum wanita dan bukannya kaum lelaki yang mengandung dan melahirkan anak dan hakikat ini juga tidak boleh diubah. Allah menetapkan mata sebagai alat untuk melihat dan telinga untuk mendengar dan fungsi ini akan berterusan sampai ke bila-bila.
Allah menetapkan setiap yang hidup pasti merasai mati dan tidak ada seorang pakar perubatan pun yang mampu mengubah kenyataan ini. Semua ini dan yang lain-lainnya tidak dapat diubah sebab ia adalah ketetapan Allah sejak dari azali lagi berdasarkan kebijaksanaanNya yang tanpa batas dan ia telah menjadi hukum alam yang dikenali sebagai hukum sebab musabab dan sebab akibat. Justeru, hukum alam yang berkait rapat dengan kehidupan manusia ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.
Isu yang hangat diperkatakan tentang qada dan qadar ialah, adakah tindak tanduk manusia juga telah ditentukan oleh Allah sejak dari azali lagi? Syed Sabiq di dalam kitabnya Al-Aqaid Al-Islamiyah berkata: “Imam Al-Khathabi telah berkata: ‘Ramai orang mengira qada dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebenarnya pandangan yang seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku berhubung semua perkara..’ Pengetahuan Allah tentang sesuatu perkara tidak akan mempengaruhi kehendak hamba itu.”
Di zaman Omar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan beliau telah dibawa menghadap khalifah Omar. Lelaki itu telah disoal: “Mengapa kamu mencuri?” Lelaki itu menjawab: “Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke atas diri saya.” Khalifah Omar ra amat marah dengan lelaki ini lantas beliau terus berkata: “Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong tangannya.” Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: “Mengapa hukumannya begitu berat?” Berkata Omar Al-Khattab ra: “Kamu akan dipotong tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah.” Maksudnya, manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar. Hukum sebab musabab atau sebab akibat adalah takdir.
Manusia dapat menolak takdir dengan takdir yang lain kerana kesemua itu telah dicipta dan ditetapkan oleh Allah bagi manusia. Justeru, takdir lapar dapat dihilangkan dengan takdir makan, takdir dahaga dapat dihilangkan dengan minum dan takdir mengantuk dapat dihilangkan dengan tidur. Mengikut sebuah riwayat yang sahih, khalifah Omar Al-Khattab ra enggan memasuki kampung tertentu di Syam kerana ketika itu ia sedang dilanda wabak taun. Sahabat Abu Ubaidah ibn Jarrah ra bertanya kepada
Omar ra: “Mengapa kamu lari dari takdir Tuhan?’ Omar ra menjawab: “Aku lari dari takdir Allah kepada takdir yang lain.” (Tarikh At-Tabari)
Kesemua ini menunjukkan, Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya sendiri. Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia tidak boleh keluar dari ruang kemanusiaan yang telah Allah tetapkan dan Allah sejak dari awal lagi telah mengetahui segala keputusan yang akan diambil oleh manusia.
Takdir mempunyai beberapa bahagian, pertama ialah takdir di dalam ilmu Allah yang azali. Ia bermaksud Allah telah mengetahui segala-galanya sebelum ia benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal ini adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi hamba-hambaKu.” (Surah Qaaf ayat 29)
Takdir ini dikenali sebagai qada mubram atau ‘takdir yang pasti’ dan mengingkarinya akan menyebabkan seseorang menjadi kafir mengikut ijmak ulama.
Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia dikenali juga sebagai takdir mu’allaq. Mengikut K.H. Sirajuddin Abbas di dalam buku 40 Masalah Agama, takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, sebagai contoh, jika seseorang telah ditakdirkan hidup hingga ke usia 60 tahun, dan beliau sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia, Allah mungkin menambah umurnya melebihi 60 tahun. Atau jika seseorang telah ditulis akan memasuki neraka kemudian di hujung hidupnya beliau bertaubat dan melakukan amal salih dengan penuh keikhlasan, berkemungkinan beliau akhirnya akan dimasukkan ke dalam syurga. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab.” (Surah Ar-Ra’d ayat 39)
Imam Baijuri di dalam kitab Tuhfatul Murid Syarh Jauharatut Tauhid berkata: “Lauh Mahfuz, mengikut pendapat yang hak, menerima penghapusan dan penetapan.”
Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.” (Tirmizi)
Justeru, Omar Al-Khattab ra pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini ketika bertawaf: “Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku.
Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan.”
Dalam bab mencari jodoh, nabi sendiri menyuruh kita memilih pasangan yang betul. Oleh kerana kita disuruh memilih secara yg betul, kita mempunyai pilihan. Justeru, berusahalah dan dalam konteks perkahwinan berusahalah utk mencari jodoh berdasarkan landasan agama dan mintalah petunjuk Allah tentangnya. Allah tidak pernah menzalimi manusia.
Sunday, May 27, 2012
Ok! Hajar Migraine! Hajar nak Gelak pun ada!
Hye... morning... tak berapa nak morning dah pun.. pagi ni baca comment kat blog... agak mengejutkan.. tapi tak de la terkejut sangat.... hahaha.. cuma hajar nak bagitau kat sini, terima kasih atas usaha anda semua.. tapi saya ni bukan artis, bukan anak Tan Sri @ Datuk, (Datuk kepada 12 cucu ya.. hihihi), bukan juga calon-calon angkasawan.. Saya cuma orang biasa.. tak ada yang istimewa.. sama seperti wanita-wanita di luar sana.... Anak orang kampung yang datang ke bandar untuk menyambung pelajaran dan seterus nya mencari rezeki... Kalau ditanya, apa keistimewaan Hajar ni sampai ada orang berani propose macam tu? Saya sendiri tak jumpa keistimewaan sebab saya memang tak istimewa langsung...
Saya rasa di blog, di FB saya pun, dah boleh nampak siapa yang saya minat kan.. yup.. mungkin kami baru kenal, tapi jujur katakan saya selesa berkawan dengan dia dan saya happy.. yup.. sangat happy!! hihihi.. :)
Jangan risau... ada jodoh untuk anda di luar sana.. banyak kan berdoa ok... :)
Pertama kali bertemu setelah sekian lama berkenalan....
Hyeee....semalam tengok man in black 3.. review hajar tentang cerita ni, sangat best! Cuma korang kene concentrate habis... agak pening sebab banyak sangat bermain dengan masa... boleh dibuatkan sesetengah orang tak faham dengan jalan cerita nya.... kalau orang yang suka cerita yang ada action tapi relax macam the tourist,p hajar tak suggest korang tengok cerita ni... hajar sendiri pening wowww pada awalnya... haahahaha....
hajar pi wangsa walk dengan ida.... kami berkaraoke... beradu suara katanya... nasib baik tak hujan kawasan wangsa waju ... hahaha... psst: ada orang tu tak tahu la dia nyanyi ke dia bersyair... kan Nik kan... kah kah kah!! (sedap kau gelak kan orang kan Hajar...)
dan selepas karaoke, kami beradu tenaga dengan fahmie n nik lawan bowling... fuuuhhh... kami la juara... he he he... kami main suka-suka... hahahaha... (Nik baca sakit je hati dia...) hahaha.. sbnrnya kami kesian kat Nik n Fahmie, so bagilah chance diaorang menang... hahaha.... Nik n Fahmie sanggup turun untuk berlawan bowling, kalau diaorang kalah, mesti rasa tak worth kan.. so, biar diaorang menang ok.. keh keh keh..
hajar nak share dengan korang apa ada kat wangsa walk... mungkin ramai yang tak pernah pi kan.,. sebenarnya wangsa walk ni best gilaaa gak la.... semua ada.... wayang ada, karaoke pun ada, gym ada, bowling ada, tmpt main games ada, shopping jangan cakap la kan... tmpt makan?? Confirm la ada weyh!! tapi sini tak de mc d, kfc, pizza... sini mmg xde... kalau korang carik popeye ke sushi ke subway ke A&W ke.. ha tu ada laaaa.... TGI Friday's pun ada.. tapi jujur hajar katakan TGI bukan pilihan hjr.. serius tak sedap pun.. hahaha... mintak dia suggest, so dia bagi amenda ntah... errkkk.. tak seperti di chilis... huhuhu....
Barang kat wangsa walk pun agak murah..... hajar suka bershopping dekat situ.. beli perfume la.. baju la.. kasut la... To my cousins yang nak pi aussie dengan khjr, khjr dah jumpa boots utk winter... ngeh ngeh ngeh.. sungguh lawa babe... RM100 je... setakat pakai kat aussie, balik msia confirm dah x pakai dah.. so, kalau rosak pun, ok la kot..
Hajar spent one day kat wangsa walk dengan kawan-kawan Hajar.. seriously... hajar sangat enjoy.. bergelak sakan.. berkongsi cerita...jarang hajar keluar dengan kawan-kawan.. tapi lately ni kerap gak la... hihihi....
Ok la.. Hajar nak update pasal pagi tadi pulak..
Saturday, May 26, 2012
Tarrrraaaaaaa!!!!!!
project untuk malam ni.... so sebelum korang tidur, tengok dulu ok... he he he..... hjr nak kasi kawan.... :)
Friday, May 25, 2012
Today's Activities!
Tadi balik kerja, lepak-lepak dulu.. kalau selalu terus je siap-siapkan untuk pi kerja esok... efisyen kan hjr??? kekeke.. so, dengan kewujudan tv baru knum kat rumah ni yang boleh terus connect ke youtube, apa lagi.. asyik kerja tengok youtube aje le.... tiba-tiba terbukak la lagu Medley dalam cerita Mujhse Dosti Karoge.. Hajar n Kak Num mulakan activity gila kami... Kami menari selama 12 minit mengikut tarian dalam lagu ni... hebat bebeh!!!!! dan rasa nya lemak tepu semua habis licin..... memang sangat penat!! serius betul-betul exercise.... korang kene dengar lagu ni dulu, baru korang tahu betapa susah nya tarian dia... Hajar dah boleh jadi choreography ok... smooth je tarian daku.. keh keh keh keh.... (kalau orang jawa kata kabeh kabeh wes gendeng!!!)
Lepas maghrib pulak, hjr menyambung main kaler-kaler ni sambil tengok cite hantu kak limah... adddeeiihh.. sakit tulang belikat tau buat benda ni.. bukan tangan n mata je sakit, tulang semua sakit... tapi best ar... sebab dah banyakk.. haaiisshh... tak sabar nak cepat habis ni... terror gak kan hjr kaler... keh keh keh...
ok la... time to sleep... good nyte everyone!
Thursday, May 24, 2012
Nasi Butter!!!
Hye... morning.. morning.... dah breakfast?? Hajar breakfast roti + kaya yeos.. sedap giler.. sekarang dah berjenis kaya ada... kalau dulu YEOS je.. skrg gardenia pun ada... tapi Hajar tetap balik kepada yang orang-orang dulu punya... hihihi.. Tengah sedap breakfast tadi la... terfikir seketika.. dulu masa kami kecik-kecik mak abah susah... nak makan best memang tidak la kan... kalau nama Mc D ni, memang makan mewah yang teramat pada kami... sangat jarang dapat, tapi sekarang, sampai nak muntah makan Mc D....
Masa kecik-kecik, sebab kesempitan hidup, makanan yang simple-simple.. dulu ada sekali setiap hari mak makan nasi butter... tahu tak nasi butter tu camne??? nasi panas + marjerin + kicap.. itu je... memang la rasa muak.. tak ada lauk lain.... tapi bila dah besar ni,rasa teringin pulak makan macam tu... sedapppp....
Alhamdulillah.. saya dapat merasakan kedua-dua kehidupan saya... Susah dan senang.. kalau tak rasa susah, tak dapat hargai apabila hidup senang, dan apabila hidup senang, kita tak tahu penderitaan orang yang susah... kalau saya dilahir hidup senang, sudah pasti tak da nya saya makan nasi butter ni... agaknya makan cereal je kan.... :)
Eh... esok saturday la... yeaahhh!! Esok Hajar ada date kat wangsa walk dengan Ida... ;)
Masa kecik-kecik, sebab kesempitan hidup, makanan yang simple-simple.. dulu ada sekali setiap hari mak makan nasi butter... tahu tak nasi butter tu camne??? nasi panas + marjerin + kicap.. itu je... memang la rasa muak.. tak ada lauk lain.... tapi bila dah besar ni,rasa teringin pulak makan macam tu... sedapppp....
Alhamdulillah.. saya dapat merasakan kedua-dua kehidupan saya... Susah dan senang.. kalau tak rasa susah, tak dapat hargai apabila hidup senang, dan apabila hidup senang, kita tak tahu penderitaan orang yang susah... kalau saya dilahir hidup senang, sudah pasti tak da nya saya makan nasi butter ni... agaknya makan cereal je kan.... :)
Eh... esok saturday la... yeaahhh!! Esok Hajar ada date kat wangsa walk dengan Ida... ;)
Fruit Tart!
Hyee....
Gatal nak guna video pulak kali ni... keh keh keh....
Resepi :
CRUST:
230 g butter
100 g icing sugar
1/2 teaspoon vanilla essence
1 egg
420 g flour
1 tablespoon milk powder (lebih pun tak pe.. kasi bau sedapp)
Pukul butter and icing sugar till soft.. N then add vanilla essence + egg + flour + milk powder and continue beating until well mixed. Jadikan dough sampai smooth ok... Take a bit of dought and lenyek-lenyek kan pada tart casing... N then bakar dalam 12 minutes@ sampai golden brown. Biar kan sejuk seketika...
CUSTARD FILLING:
2 tablespoons flour
2 tablespoons custard powder/ cornflour (hajar guna cornflour)
8 tablespoons sugar
2 cups (500 ml) fresh milk... (ala pakai je la susu tepung n then bancuh.. senang je.)
2 eggs
2 tablespoon butter
Campurkan flour + cornflour & 2 tablespoons fresh milk.. gaul kan.. n then masuk kan telur + butter + gula.. pukul sikit.. (tak payah guna mixer).. tuangkan balance fresh milk... kacau kasi rata... Masak kan pada api yang kecil dan sentiasa kacau sampai mixture tu smooth & tak lumpy... Kalau mixture tu dah thickens & shiny, terus tutup api n biarkan sejuk...
Seterusnya, tuang custard tu dalam crust... lepas tu susun la buah cantik-cantik!!!
Custard Filling yang di masak...
Dough yang telah siap... (Ni dah separuh buat..)
Fruit ikut cara tersendiri.... kalau nak jimat, potong nipis-nipis.. keh keh keh...
Siappp!!!
Psst: Hajar cakap dengan kawan hajar... kalau orang mintak hantaran coach la.. MAC la... LV la... tapi Hajar nak mintak lain... Hajar nak mintak mixer brand kenwood & oven je... hi hi hi.. senang nak main bakar-bakar cake , cookies n tart....
Wednesday, May 23, 2012
Berat Semakin Menurun!!!
Hye Guys! Morning... tak mau moody moody la kawan.. esok dah friday... ni nak bagitau berat badan Hajar dah makin turun... Alhamdulillah... berusaha keras utk makan supplement setiap pagi.. (Hajar bukan seorang yang sangat particular bab-bab makan ubat n supplement ok!!) ... dan semalam my weight reduce 1 kg lagi.... oh my God! early June saya dah kurus la ya.. my friend bagitau, hajar control makan ubat diet tu.. takut kurus sangat macam jerangkung... ayooooo....bila gemuk, di panggil badak, bila kurus, di panggil jerangkung nya pulak... macam mana ni.......
Apa pun kepada yang dah try makan botanical slimming, korang share la dengan Hajar berapa berat korang ok!!!! :) nak share gambar tp tunggu la sampai early June ya...
Psst: dah tak ketat pakai baju kurung size S ok!!!
Apa pun kepada yang dah try makan botanical slimming, korang share la dengan Hajar berapa berat korang ok!!!! :) nak share gambar tp tunggu la sampai early June ya...
Psst: dah tak ketat pakai baju kurung size S ok!!!
Tuesday, May 22, 2012
Hajar... Macam mana nak bagitau dia yang saya suka pada dia?
Hye... itu topic hari ini....
Ok... Actually, someone message kat saya di FB... Itu antara ayat di dalam message tu... Huh! sukar untuk saya jawab... Jujur saya katakan, saya sendiri dalam situasi itu.... Jadi saya tak mampu untuk menjawab... Saya bertanyakan kepada kawan-kawan saya, dan ramai yang memberi cadangan... antaranya bertanya sendiri kepada tuan empunya badan @ menunggu dan menunggu... saya terdiam.. ohh.... mungkin menunggu dan menunggu dan menunggu la jawapan untuk saya... tetapi ini tidak akan menjamin untuk masa hadapan...saya sendiri masih buntu dalam hal ini... :'(
Sejarah yang lepas banyak mengajar saya tentang kehidupan... Kalau ditanya setiap wanita, adakah ingin berumahtangga? kalau mereka memberikan jawapan tidak mahu, ada sesuatu yang tidak kene kepada nya.... Ini saya teringat kembali tentang kisah saya yang lama, bercadang untuk hidup bersama umur 26, kemudian, 27, n then 28 dan akhirnya 30... 30? masih muda kepada seorang lelaki, tetapi tua kepada seorang wanita... dari tahun ke tahun meningkat dan apabila mencecah 26, boleh kata 30 pun belum tentu nak kahwin... huh....jadi selama ini bercinta atas dasar apa?? sekadar suka-suka ke?? itu yang buat saya terlalu kecewa...kami sebaya... itu sebab saya fobia... saya ditinggalkan ketika umur 26.. ya! betul.. mungkin ada orang kata muda lagi la 26.. tetapi 25 keatas pada seorang wanita adalah sudah tua ya....
Kalau dulu mungkin selepas putus, bertahun saya tidak bercinta... tetapi apabila difikir-fikirkan, itu ketika umur 21, now I am 26.. tak payah nak meratapi orang yang tak menghargai... Am I rite??? move on hajar!! move on! Allah sediakan lebih baik daripada dia... Itu janji Allah... hilangnya seorang, datangnya pengganti yang bagus... tak perlu bercinta lagi... waste ur time bebeh!!!
Tetapi masalah sekarang, memang saya senang dengan seseorang ini.. kalau sebelum ini saya berkenalan dengan someone, saya ada 6th sense yang mengatakan adakah orang ini sesuai dengan saya ke tak, boleh tahan dengan sikap saya ke tak, (I am not a perfect woman but I try my best to be a perfect woman to my husband.. super wife!! super mak!! super gurlfriend to my husband!!! yeaahh!! but not superman ok...) itu firasat untuk diri saya, tetapi saya tak tahu pada dia.... mungkin pada dia, saya ni bukan taste dia... betul tak?? (perempuan macam Hajar, easy to get... mungkin itu yang difikirkan kan... who knows???)
Kawan saya bertanya, "apa kelebihan dia dari orang lain yang cuba dekati saya?" Jujur saya katakan kepada kawan saya, sifat dia yang gentleman, baik, tidak berkira, mesra, pentingkan keluarga dan tepati masa buat saya rasa saya selesa ketika bersama dia... (yang lepas semua tak tepati masa ya... maka saya seorang yang tak suka menunggu dan tak suka ditunggu) "Lelaki lain tak macam tu ke?" ada jugak macam tu tetapi tidak seperti dia.. "Bukan ke baru kenal?" dari pertemuan pertama dan kedua, kita dah boleh kenal seseorang itu walaupun tidak secara sepenuhnya, tapi sedikit sebanyak pasti kita tahu apa yang dia suka @ tak... "Tak kan macam tu je dah tahu sifat dia???" nope... kenal dengan kawan baik dia untuk bertanya tentang dia.... "adakah rasa dia ke yang terbaik untuk saya?" mungkin dia terbaik untuk saya, tetapi belum tentu saya terbaik untuk dia.... (mesti sapa yang baca cakap, gediknya Siti Hajar ni.... confirm!!! hahahhaa...)
Apa yang perlu saya buat sekarang??? errmm... entah la... hopefully dia yang propose saya... so saya boleh berdansa seperti dalam Kuch Kuch Hota Hai menari dalam hujan... hahaha!!! tetapi kalau tak, move on Hajar! (macam ex kau cakap kau Hajar... move on Hajar... menyampahnya saya dengar!!!) mesti ada time frame, if sampai raya tak de progress, just forget it Hajar... He's not for you... :)
Ok la.. 10.13 pm already!! ooppss... ada debat! Nyte bebeh!!!!! see u tomorrow...
psst: ajar my nephews menari bollywood, parents depa pi dating, mama shu jadi choreography... wakakaka... sekuat-kuatnya kami dengar lagu hindustan, menari-nari... enjoy!
Monday, May 21, 2012
Alhamdulillah... Thank you Allah... :)
Hye guys...dah tidur ke??? haissh... apa daaa..... Alhamdulillah... a great dinner.!!! itu yang saya nak ungkapkan... I am so happy tonite... whole day saya kerah tenaga + kene brainwash + dengan kerja yang banyak, finally someone teman saya untuk merehatkan minda after balik kerja... Thank you.... Thank you... Thank you.... Seriously, u help me to release my stress... (Hajar sangat gembira dan senyum hingga ke telinga..)
smile... he he he.... :)
Rejab Kembali Lagi...
ADA APA DENGAN BULAN REJAB |
Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya: 1. Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara' 2. Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah 3. Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan 4. Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat sepuas-puasnya. Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam,sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al Baqarah(ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah (ayat 2,36 dan 37) "Mereka bertanya kepadamu(wahai Muhammad) mengenai(hukum)berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah"Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi(orang-orang Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat(orang-orang Islam) ke Masjidil Haram(di Mekah),serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT. (Al Baqarah ayat 217) Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah) Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa dalam bulan ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa. Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya"Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama"Nabi bersabda"Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik?Kata lelaki itu"semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam "Maka tanya Rasulullah SAW"Kenapa kamu seksa diri kamu?Lalu sabdaNya"Berpuasalah pada bulan sabar-yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari setiap bulan"Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya!Ujar lelaki itu"Berpuasalah dua hari!Sabda Nabi."Tambahlah lagi"Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda"Berpuasalah dalam bulan suci(haram)lalu berbukalah!(kemudian diulangi sebanyak 3 kali)sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan"(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud,Ibnu Majjah dan Baihaqi dengan sanad yang baik) PERISTIWA PENTING BULAN REJAB 1. Hijrah Pertama Dalam Islam Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah. Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi. 2. Israk dan Mikraj Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih. 3. Peperangan Tabuk Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW. 4. Pembebasan Baitul Maqdis Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel. 5.Lahirnya Imam Syafie RH Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm. Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah. Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan. |
Sunday, May 20, 2012
Hajar Si Penyelamat & Bomoh Tak Bertauliah..
Ini cerita sebelum tidur Hajar... ada satu sem, kolej kami di serang histeria.. sangat gila ok! ada satu malam, ustaz tak ada, so yang tinggal hanya AJK tertinggi kolej termasuk saya.. Bendahari Kolej yang sangat gila-gila!!... YDP kolej memang tak berani, akhirnya diaorang panggil saya.. panggil kak hajar tak membantu dek oiii.. kak hajar pun pengecut... tapi nak tak nak, saya pergi jugak la.. yang betul-betul berani sahaja pegang budak tu... sampai je saya ke bilik junior ni, "kak hajar! cepat pegang dia.... " tapi budak tu senyap je... (serius macam bomoh pulak malam tu!!) saya pernah teringat pesan mak, baca kan Ayatul Kursi.. semua yang dekat situ, saya minta baca... dan beberapa orang saya arahkan panggil seorang pengawal UiTM yang boleh dikategorikan Tok Bomoh gak la...sementara menunggu tu, tiba-tiba mulut saya ni boleh gatal menanya, "apa sebenarnya kau nak kat budak ni eh??" bila dia sahut, "aku nak kawan je.."..lintang pukang semua lari... saya sekali lari tinggalkan budak ni... masa tu huru hara kolej dibuatnya.. tapi saya tak lari jauh, saya panggil balik budak-budak yang pegang dia, sama-sama pegang balik... yang lain dah panic.... saya kuatkan semangat ketika itu, bertanyakan macam-macam soalan... (dah saya kata macam bomoh saya malam tu..) rupanya, ketika balik dari kuliah malam, budak tu balik sendirian, lalu la bridge kat tasik UiTM Melaka tu... n then "benda" tu ikut la sekali sebab budak ni baik sangat.... Tahu tak "benda" tu orang Kelantan.. sumpah saya tak tipu! Telo Kelantan habis... nasib baik ada budak Kelantan, dia yang tolong translate kan... haishh.. dah rasa macam cerita dongeng pulak... tapi serius ini yang saya hadapi...saya dengan terror nya, sama-sama tarik budak tu bawak pi bathroom mandikan dia.... (sebenarnya saya pun tak tahu la apa motif mandikan dia.. dalam otak saya, nanti "benda" tu sejuk, dia lari la keluar... hahahaha!) serius lawak gila.... tak lama selepas tu, datang la Tokk Bomoh.. Tok bomoh terkejut tengok budak tu basah kuyup dikerjakan saya... hahaha.... Alhamdulillah... "benda" tu keluar akhirnya.....
Itu baru malam pertama.. Malam kedua... (masa tu jerit kat dalam hati, "Weyh!! aku nak exam la esok!!! jangan la asyik kacau budak kolej aku.. tu budak kolej lelaki tu.. pi kacau sana!!) penipu kalau saya cakap saya berani.... Tiba-tiba, ada orang menjerit dari luar sedang saya baca buku ni... "kak Hajar!!! budak tu histeria lagi!!!!" mula la panic....kelam kabut dibuatnya... Panggil lagi Tok Bomoh yang sama... mak aii... kalau semalam "perempuan" yang ingin berkenalan di tasik.. yang ini up lagi.. hulubalang nama Ali.. tanya baik-baik, kenapa kacau ni.... hulu balang ni kata ada budak lelaki main mercun ketika mereka sedang tidur...dalam hati saya, hey Ali! yang main budak lelaki, apahal plak budak ni yang dimasuk nya... tapi tak berani la saya cakap macam tu.. dia nak budak yang main mercun tu jumpa minta maaf kat dia... tak ke menyusahkan nama nya... dah saya jugak jadi mangsa ke kolej lelaki, jumpa YDP, mintak bawak sapa yang main mercun... (dalam hati saya masa tu, eh budak!! aku sepak korang kang...aku ada exam tahu tak esok!!!) tu dah terlalu geram.. tapi dalam hati je.. tak kan nak cakap.. kang saya pulak kene sepak dengan diaorang.... selepas mengadap si Ali ni, baru la Ali kembali ke tempat asal... haiisshh... lega rasanya...
ehh.. belum habis... itu malam kedua.. ada lagi.. malam ketiga... kene meracau lagi budak ni..... kali ni kiteorang confuse pulak.. budak lelaki tak main mercun... so, apa yang tak kene lagi dengan si Ali ni.... Ali cakap dia nak jumpa 3 budak perempuan yang datang ke tangki air petang tadi... haiiisshh.. memang masa tu saya naik hantu betul... bila ditanya-tanya, ada sorang budak ni kata ada 3 org budak perempuan datang kolej petang tadi.. tp dia dari kolej lain... ha???? kolej lain??? maka kat UiTM Melaka ada lebih dari 5 kolej perempuan.. tak ke menyusahkan nama nya nak mencari dari kolej ke kolej... seperti biasa, saya menjadi mangsa untuk mencari budak 3 orang ini... dengan bantuan YDP Kolej lelaki dan beberapa AJK Kolej lelaki membantu saya mencari dari kolej ke kolej... korang tahu pukul berapa masa tu?? 1 pagi ok!!!! macam tak ada kerja kan.... dan budak tu adalah kolej last sekali yang kami pergi... memang dugaan rasa nya... saya masa tu memang dah macam orang hilang akal menjerit-jerit kat budak tu... aku pulak yang macam histeria....semua cuba sabarkan saya.. lepas mengadap si Ali tu sekali lagi, baru la Ali balik.. siap Ali warning tu, lepas ni kalau berlaku lagi, satu kolej Tun Putih kene histeria.... sapa tak panic bila dia cakap macam tu kan???? sangat panic...
Malam seterus nya.... esok pagi saya cabut balik kampung!!!! saya call mak, mak suruh balik.. ulang alik je ambik exam..... saya tak mau ambik tahu dah pasal histeria kat kolej... lama-lama saya yang histeria dibuatnya...
dan si Ali tu.. menjadi sejarah Kolej Tun Putih... Semua kalau sebut Ali, pasti ingat akan hulu balang yang datang masuk dalam badan sorang penghuni Tun Putih.... dan budak tu? quit dari UiTM kerana si Ali... hai la Ali.. kau bukan menyusahkan saya je,, semua orang kau susah kan.....
Saturday, May 19, 2012
As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar
Gambar
sebenar yang sukar untuk kita lihat:
"Dan
orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha kepada kamu
sehinggalah kamu mengikut agama mereka."
(Surah
al-Baqarah ayat 120).
Sedarlah shbt2 sasaran sebenar golongan yang benar2 memusuhi Islam di setiap negara Islam ialah para Ulama As Syahid Syeikh Umar
Al-Mukhtar bersedia untuk syahid
Apabila Ketua Panglima perang Itali menawarkannya peluang terakhir untuk hidup di bawah pemerintahan Itali, dengan syarat beliau mesti mematuhi segala arahannya, As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar menjawab, “Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku, atau sehinggalah aku mati. Dan aku bersumpah kepada Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan kerana tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong, biarpun dalam keadaan yang tua sebegini.”
Pada waktu itulah, Ketua Panglima perang Itali itu ketawa, sambil mengarahkan supaya beliau digantung, selepas mengadakan sebuah perbicaraan ‘olok-olok’ yang direka untuk menjaga maruah kerajaan Itali. Walaupun perbicaraan untuk beliau masih belum bermula, tali gantung telah pun disediakan untuk beliau di luar mahkamah. Penggantungan beliau telah disaksikan oleh ratusan puak pada tahun 1931. Namun demikian, kerjaan Itali tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menakutkan orang Islam. Bahkan, yang sebaliknya pula yang terjadi. Kematian beliau telah menggoncang jiwa umat Islam seluruh dunia, dan dari situlah pelbagai penentangan bermula, terutamanya di Utara Afrika
Apabila Ketua Panglima perang Itali menawarkannya peluang terakhir untuk hidup di bawah pemerintahan Itali, dengan syarat beliau mesti mematuhi segala arahannya, As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar menjawab, “Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku, atau sehinggalah aku mati. Dan aku bersumpah kepada Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan kerana tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong, biarpun dalam keadaan yang tua sebegini.”
Pada waktu itulah, Ketua Panglima perang Itali itu ketawa, sambil mengarahkan supaya beliau digantung, selepas mengadakan sebuah perbicaraan ‘olok-olok’ yang direka untuk menjaga maruah kerajaan Itali. Walaupun perbicaraan untuk beliau masih belum bermula, tali gantung telah pun disediakan untuk beliau di luar mahkamah. Penggantungan beliau telah disaksikan oleh ratusan puak pada tahun 1931. Namun demikian, kerjaan Itali tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menakutkan orang Islam. Bahkan, yang sebaliknya pula yang terjadi. Kematian beliau telah menggoncang jiwa umat Islam seluruh dunia, dan dari situlah pelbagai penentangan bermula, terutamanya di Utara Afrika
Semoga Allah meninggikan darjat As Syahid Syeikh Umar
Al-Mukhtar di syurga. Orang-orang Itali yang berjiwa kotor telah mengambil
gambar mayat beliau yang diikat, sambil dikelilingi oleh panglima-panglima
perang yang tersenyum puas bersama mereka-mereka yang riang gembira dengan
kematian beliau. Tanpa disedari mereka, kematian di tangan musuh demi memperjuangkan
hak Allah inilah yang sebenarnya menjadi idaman setiap orang Islam sejati.
Syahid di tali gantungan
Syahid di tali gantungan
As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar hidup dan berjuang demi
Islam sepanjang hayatnya. Beliau diikat, dipenjarakan, dan dihukum gantung.
Namun, cerita keperwiraannya kekal berterusan, dan insyaAllah, Syurga adalah
tempat bagi mereka yang syahid
Moga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk mengikuti
jejak langkan As Syahid As Syahid Syeikh Umar Al-Mukhtar, Ameen..
Dark Shadows
Hey guys! korang dah tengok belum dark shadows???? my roommate dah pi tengok.. Dia kata siapa minat Johnny Depp, confirm suka cerita ni... alamak.. jealous nya kepada yang dah tengok... tolong kasi review sikit kepada yang dah tengok... Hajar mungkin tengok next week dengan kawan saya.. kalau tak sempat, saya kene pi tengok sorang la jawab nya... ala Hajar... macam la kau tak biasa bersendirian.. selalu boleh je kan.. gedik la!!!! haha...
psst: rasa macam nak buat fruit tart la... sedap nya!!! yummmyyy!!!!
Tak Suka Jangan Cari Pasal...
Pagi ni saya agak geram jugak la.. ye la... apa yang anda rasa, apabila anda menerima msg pukul 2 pagi dan orang menuduh anda bukan-bukan?? marah kan?? yup.. seriously! he makes me angry this morning... (aku rasa macam nak tukar jadi hulk hogan je ok!)
Menyindir bukan cara terbaik... dan bertanya secara elok itu lebih membuatkan orang ada rasa hormat pada anda... betul tak saya cakap???? kalau Hajar boleh bertanya secara baik dengan awak, sudah tentu awak boleh melakukan perkara yang sama... kalau perkara itu benar, tak apa la.. ini perkara yang sah-sah tak benar... Berfikiran matang la sikit...
Botanical Slimming
Hye.. Selamat berhujung minggu guys.. so apa aktivit hari ni?? Hajar seperti biasa la.. duduk rumah je.. haiishh... bosan nya life aku ni!!! ok.... korang, ingat tak status Hajar pasal Botanical Slimming??? Bila hjr post macam tu, berduyun-duyun mesej masuk dan whatsapp saya tak henti-henti orang duk tanya product tu... (ok! hajar bukan penjual product tu ya.. sharing is caring darling!!!)
Saya melakukan survey ke atas product ni dah lama.. Bila ramai kata no side effect, so saya lebih yakin + percaya product ini ok.... satu lagi, dia bentul capsule n dalam nya cecair.. kalau serbuk, agak takut sikit la.. n then tumbuhan yang digunakan pun memang selamat... tak caya korang google ok...
Saya tak boleh bersenam dalam sebulan dua sehingga paru-paru saya kembali pulih sepenuhnya tetapi badan saya semakin hari semakin seperti belon... Mak saya kata badan saya dah ghupe orang ada anak 3.. oh my God!!! gemuk sangat ke aku ni?? so tak tahan asyik dikata gemuk oleh keluarga dan rakan-rakan, so saya nekad membeli product ini.... hihihi...
Setelah 4 hari saya makan, berat saya memang dah kurang... yang paling best kan, korang akan rasa perut korang semakin kempis!!! serius bebeh... tak tipu... tetapi bila makan pil ni, kene banyak minum plain water sebab toxic akan keluar daripada urine... dan makan, kalau dulu 7 piring makan kat sushi, skrg 4 piring dah kenyang gila!!!! saya makan sikit dah rasa kenyang....
Saya ingat saya orang pertama makan, rupanya ada dikalangan kawan-kawan saya yang kembali kurus semua dah cuba.. memang berkesan... harga nya berpatutan.. kalau murah sangat pun kita was-was kan.. 36 biji = RM110.. ada yang kata makan less than a month kurang sampai 7kg!!! banyak tu weyh...saya ada baca bile berat yang korang nak dah dapat, mula kurangkan pemakanan.. kalau sehari sebiji, kurang kan kepada 2 hari sebiji.... dan seterusnya... Hajar tak sabar nak tunggu lagi seminggu... berapa la agaknya berat hjr turun kan....
Kepada yang nak mencuba product ni, korang google je kat FB korang tu type Meizitang Botanical Slimming.. kat situ banyak testimonial.. korang boleh baca.... :) Jom sama-sama kurus!!!! ohh.. tidak sabar untuk kembali kepada Hajar yang lama!!!!!!!!
Ini lah rupanya Meizitang Botanical Slimming
Tudung Ohh Tudung..
Ok! Tadi lepas makan nan di depan Ampang Point, kami decide untuk ke Jalan TAR... Actually saya nak carik tudung bawal 3 tone tetapi sama je harga dekat Curve, baik la beli kat sana.. ada brand AJ lagi... dari kat Jalan TAR cap lempang....
So, kami ke kedai Muaz.. kedai paling murah sekali di Jalan TAR ok.. so nampak la tudung fesyen yang di re-brand kan... satu masa dulu tudung ni memang popular, n then jatuh... dan sekarang tudung ni popular balik... tapi design sekarang lagi lawa ok....
Harga satu tudung ni cume rm4.80 sahaja!!!! kalau kedai di pasar malam Taman Melati sehelai rm10 ok!! itu agak macam orang mabuk tu membeli....tadi saya dah grab lebih kurang 12 helai... n then tapis punya tapis, 6 helai je ambik... sebab tudung yang beli dulu pun tak pakai lagi.. oh... Hajar.... sebaik tak ambik kesemua nya.... pembaziran...
Hajar bagi sehelai pada maid kak num.. Lela.. yang colour orange leopard tu.. Punya la dia suka... "kakak kasi saya??? ya Allah... lawa sangat kak.." Alhamdulillah... happy dia suka... hihihi...
Kepada yang nak shawl, boleh bagitau saya... saya terlalu banyak sangat shawl yang saya tak guna dan tak pernah guna.. saya suka membeli tapi bila nak pakai, "eh.. tak lawa la kat muka aku.." so saya simpan je.. dan tiba masa untuk saya bagi pada orang yang suka pakai shawl.... FOC! hihihi....
Ok la.. nak sambung buat painting.. gud nyte bebeh....
Me? Adamir!
Hey Guys! U know me??? hahaha.. I am Adamir a.k.a Charlie.... Mama Shu's favourite nephew bebeh.... Well.... I know I am so cute... No need to tell everybody that I am so cute bebeh.....everyone knows that... hahaha.... To my future uncle a.k.a future Ayah Su or Pak Su, please take care of my princess, Mama Shu.... I love her so much! And u guys! If u're trying to hurt my Mama Shu, u will know who am I... don't mess with me bebehhh!!! I LOVE YOU MAMA SHU!!!
Sushi Lagi???
Last nite, saya dan Ain pi makan sushi king.. everytime kami keluar, sushi menjadi tmpt makan kami... Ain Aziz? Saya kenal dia ketika kami sama-sama menunaikan umrah... dan start pada tu, kami sentiasa contact.... :) Ini sebahagian gambar kami makan bersama... both of us hantu sushi!!!!!
psst: hjr sedih sikit semalam sebab terlambat dan..........
Friday, May 18, 2012
Relaks Sekejap.....
Pak Pandir dan Wartawan
satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia.Bila wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir. Pak Pandir pun kata.. tenguk ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe... Waaa pelik ni Pak Pandir.. cuba cerita kat kami... 5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini... dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan.... dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir.
Pak Pandir dan Ikan Keli
Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan keli di pasar borong di pekan.apabila pulang kerumah dia menyuruh Mak Andih menyiang ikan tersebut. ketika sedang menyiang...
Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.
Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?
Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.
Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu.
Mak Andih: ???
Pak Pandir Dan Polis
Pak Pandir: Selamat pagi tuan.
Polis: Selamat pagi.
Polis : Apa hal.
Pak Pandir: Saya nak buat repot tuan.
Polis: Fasal apa tu.
Pak Pandir: Kawan saya di baham harimau.
Polis: Pukul berapa.
Pak Pandir: Dia tak pukul, dia terkam.
Polis: Habis?
Pak Pandir: Tak habis, tinggal kepala.
Sakit jiwa
Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah
jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.
Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"
MatPunk Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut...
Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...
Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"
Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk..
dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah anakku."
Ehwan dgn 100 ekor ayam
Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan
kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romee.
Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya
(seraya memberikan kadnya)." Pak Romee: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya
untuk menghantarkannya ke rumah tuan." Selepas itu, Pak Romee memanggil anak buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan...
Pak Romee: "Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan
kad lelaki kaya tadi)."
Ehwan : "hantar ayam? Beres Tuan !"
Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar100
ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor
lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan
dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas
dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk me ngetahui keadaan si
Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang
diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat
si Ehwan ketawa ...
Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan ... ? Kepalanya tak
sakit kan ?"
Ehwan : "Ha... ha... ha... !"
Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"
Ehwan: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka
nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha....."
Kenapa Kamu Di Sini
"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah
" Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor!"
"Maaf, saya tidak tahu.. encik"
"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?"
"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."
"Tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?"
"Mahu memeriksa kabel lampu ini encik... Saya petugas TNB"