Selepas post saya tentang “pilihan keluarga vs pilihan sendiri”, banyak mesej yang masuk inbox FB saya bertanya kan, “Hajar, salah ke saya jadi seorang yang memilih?”… “Apa pendapat Hajar kalau kita memilih??”… memang soalan demi soalan yang bertanyakan… wahh.. Hajar… macam doctor cinta pulak kau kan… hahahhaa… Pada mulanya saya ingin reply di inbox je, tetapi memandangkan ramai yang bertanyakan, saya akan cuba huraikan kenapa perlu memilih… oooppss… ada yang siap cakap, “Hajar.. boleh tak jangan memilih sangat??” wowww… itu lagi tak tahan…. Hahahaha…
HAJAR SEORANG YANG MEMILIH… seriously! I am choosy person.. Dats why orang susah tengok saya keluar dengan mana-mana lelaki… Kebanyakan lelaki yang saya kenal semua ada hidden agenda… Dan hanya dengan beberapa orang kenalan rapat saya sahaja yang saya yakin untuk keluar makan… yang lain, 10 kali saya fikir samada nak keluar atau tidak, tapi ending nya TIDAK….
Mesti ada yang cakap, “macam la kau cantik sangat Hajar nak memilih!!” ada jugak yang cakap macam tu.. tapi kita tolak tepi apa orang kata.. Kerana yang nak hidup selamanya bukannya mereka tetapi kita.. Kalau kita tak memilih, nak ke berlaku apa-apa dipertengahan??? Tak mau kan… Memilih dalam konteks saya bukanlah seorang lelaki yang perfect.. no! maknanya, ada agama, sedap mata memandang walaupun tak cukup handsome macam Aaron Aziz, yang financial stabil, dari family yang baik….
Tapi kita pun kene tengok diri kita juga, kalau nak memilih pun agak-agak la… jangan yang melampau… betul juga word “cermin diri”… kita ukur diri kita juga… kalau diri sendiri kerja malas, pengotor, jangan la mengharap nak yang rajin, pembersih, kaya…. Memang tak dapat la.. Biar kita memilih itu samada satu level dengan kita @ tinggi sikit dari kita… jangan lah menggunung sangat… itu memang saja nak kena kutuk dengan orang.. haha…
Saya seorang yang memilih.. Memang ramai kata jangan memilih sangat… Umur bukan makin muda… Saya tak peduli apa orang kata.. Bak kata akak saya, “biar menyesal tak kahwin, jangan menyesal kahwin…” Tapi ada kebaikan kita menjadi seorang yang memilih.. Jujur saya kata kalau seseorang itu bukan seperti saya, seorang yang happy go lucky, yang suka berjalan, yang ada masa untuk keluarga, saya tak akan pilih dia.. Pernah sekali ada orang yang minat saya, family saya pun suka dia, tapi saya tak boleh suka dia kerana dia seorang pendiam.. oh my God! Dalam hati saya, macam mana saya nak hidup dengan orang macam ni kalau asyik saya je bercakap, dia langsung tak bercakap… orang kata bagus nya contra, tapi pada saya bagus nya sifat sama, tak de la selalu bertekak.. lain orang lain pendapat kan…
So, kepada sesiapa yang bertanyakan kepada saya, ok ke memilih… saya jawab YA!! Hihihi.. kite geng! Hahaha…
Ok la.. Saya nak tidur.. tak sabar untuk menanti hari esok.. keluar daripada ward ni… weee!!!!!!!!! Bye…
No comments:
Post a Comment