Thursday, April 19, 2012

Pilihan Keluarga vs Pilihan Sendiri

Pilihan u all??? errrm.. pilihan saya??? ok.. Jujur katakan mestilah pilihan sendiri kan... Siapa nak jodoh ditentukan oleh keluarga... hey! tapi jangan pandang serong pada pilihan keluarga pulak.. kadang-kadang pilihan keluarga ni lebih indah dari pilihan sendiri tau... ada banyak pro and cons pilihan keluarga dan pilihan sendiri.... Walaupun baru berumur 25 tahun 8 bulan, saya lebih banyak tahu cerita mengenai pilihan keluarga dan pilihan sendiri ni tau!!!! Saya share dengan u all cerita-cerita yang saya dengar sejak saya sekolah lagi...

1. Pilihan keluarga...

PRO : ada seorang kakak ni yang saya kenal satu ketika dulu.. Dia menceritakan kisah hidup dia... Dia bertemu si suami nya pada hari pernikahan... Dan ketika itu, dia dah bersiap sedia untuk lari daripada lelaki yang akan dikahwininya 18 tahun beza daripada nya.. dan ketika itu dia baru habis SPM...gila kan??? ceritanya lagi... beberapa hari sebelum menjelang hari pernikahannya, dia dikurung di dalam bilik.. ya Allah! macam tu sekali pilihan keluarga.... dan tiba pada hari pernikahannya, dia dipegang oleh makcik-makcik nya kerana dikhuatiri dia lari... ketika dia menceritakan pada saya, wah... pelbagai imiginasi di dalam fikiran saya.. macam mana la keadaan agaknya ya.... tp setelah berkahwin 13 tahun ketika itu, dia kata rupanya dia mendapat satu keluarga yang bahagia.. walaupun jarak umur satu kali ganda dengan husband nya, mereka tetap bahagia.... wowww! macam drama kan.... tapi masa dia menceritakan kepada saya, saya ketawa melekek kerana saya rasa macam lucu... ye la.. tak kene batang hidung sendiri.....

CONS: Ini satu kes dimana si lelaki ni telah berkahwin dengan pilihan keluarga... Memang pada mulanya dia setuju untuk berkahwin pilihan keluarga, tetapi setelah beberapa tahun berkahwin, si lelaki bertemu dengan pilihan hati nya... walaupun telah beristeri, dia peduli apa.. pada dia, dia mampu.... bila ditanya kenapa nak kahwin lagi, si lelaki boleh menjawab, "dulu pilihan keluarga, sekarang dah jumpa pilihan sendiri...." oh my God!! tolong la!!! Nasib baik 1st wife dia ni bijak... dia benarkan si suami kahwin lagi satu dengan syarat, "sebuah banglo! sebiji kereta mewah! sebuah kedai!".... kalau saya pun, saya akan buat perkara yang sama... hey! masa kahwin dulu, bukan si lelaki je jadi pilihan keluarga tau.. perempuan pun jadi pilihan keluarga... so 2-2 sacrifice masa depan dengan pasangan yang tak dikenali.. so unfair la kalau lelaki cakap dia dah berjumpa pilihan dihati... wahh.. mentang-mentang boleh kahwin 4, memang nak dibalun semua kuota.. perempuan tak boleh kahwin lebih 1, so adil la kalau dia demand macam-macam.. setuju???? u all kene setuju... hahahaha...

2. Pilihan Sendiri

PRO: Kebaikan nya rasa nya semua orang tahu kot.. Sebelum kahwin kenal hati budi, sejiwa ke tak... betul kan??? mesti la betul.. saya tak tahu... hahaha.. sebab semua saya tak menjadi.. keke.. ok.. balik pada cerita kita.. kalau pilihan sendiri ni, ye la.. macam korang-korang sekarang ni bercinta.. Bercinta lama atau sekejap tu, depends pada diri masing-masing.. macam cousin saya, 2 weeks je kenal, n then terus fikir untuk bertunang... tapi kan masa tu cousin saya mintak pendapat saya... "Hajar, cuba kau tengok mamat ni?? aku rasa dia kene dengan jiwa aku..." apa saya balas, "selidik elok-elok.. macam pelik je aku tengok..." hahaha.. itu di mata saya, di mata cousin saya berbeza sebab dia lebih kenal lelaki tu.. bahagia je saya tengok kan... dah uwek pun... 5 bulan...ada jugak yang bercinta macam nak rak, sampai 7 tahun.. putus, cinta dengan orang lain, couple balik pada yang asal, putus, couple balik.. (psst: sebenarnya saya tak suka word "couple" ni, macam pelik je bunyi nya.. ).. akhirnya kahwin juga... tu kebaikan pilihan sendiri, pusing sana pusing sini, engkau tetap dihati... tapi tak mau la lepas kahwin, korang expect macam korang zaman bercinta... ditatang bagai minyak yang penuh... tak de maknanya ok! semuanya berubah... ada siap, "engkau yang ku bagaikan bulan bintang, sekarang seperti neraka jahanam!" ada jugak... tapi kita tak mau yang tu... kita ambik yang baik-baik je... okies???

CONS: Ermm.. ini selalu berlaku selepas kahwin jugak... Zaman bercinta masing-masing tak tunjuk belang... semua nya manis belaka... bila dah bersama, masing-masing tak mau jadi sebelum bercinta.. Mungkin betul juga orang kata bercinta lepas kahwin ini lagi best... sebab perasaan tak berubah... cuba tengok sebelum kahwin, bercinta bagai nak gila.. keluar dating tak henti.. itu adalah saat yang manis & kebahagiaan yang sepatutnya berlaku selepas kahwin.. bukan sebelum kahwin... (ok.. saya pun sama jugak macam budak muda sekarang...) tapi cuba kita fikir balik... saat yang betul-betul menggembirakan pada orang yang bercinta sebelum kahwin, orang kata saat kemuncak adalah saat diijabkabulkan, dan selepas itu, graph mula merundum.. tapi kalau bercinta selepas kahwin, mula lah saat percintaan dan membahagiakan.. perkenalan... betul?? cinta selepas kahwin ni kebanyakan nya pilihan keluarga, jarang pilihan sendiri... ada mungkin tapi 1/100 la... even Farah Lee pun dengan Ally Iskandar pilihan keluarga, bercinta selepas kahwin juga.. See....

So, tak tahu la nak kata yang mana bagus.. Tapi fikirkan lah untuk jangkamasa panjang... Saya??? Saya sendiri tak buat pilihan lagi... hahaha....

No comments:

Post a Comment