Saturday, February 4, 2012

To Cookies Lover! This is for you!!Famous Amos Recipe!

Semalam, whole day I spent time buat cookies... Saya dapat recipe daripada someone ni... Dia beli recipe ni dengan harga rm250! So, dia bagi untuk di share kan... :)
Seriously superb!

psst: sebenarnya tengok pada pembuatnya juga.. ehem!! ehem!!

Bahan-bahan nya :

2 cawan butter
4 cawan tepung
2 cawan gula perang
2 cawan gula halus
4 biji telur
5 cawan oatmeal yang diblend
2 teaspoons vanilla essence
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon salt
cadbury bar (sesuka hati tapi kene sagat ya)
chocolate chip (lagi banyak lagi best)
nuts (sukahati nak letak ke tak.. saya tak suka)

Cara-caranya:

1. Pukul Butter + gula perang + gula halus sehingga kembang...
2. Masuk kan telur + vanilla essence..
3. Masuk kan tepung + oatmeal yang telah diblend + garam + baking powder + baking soda + cadbury bar yang telah di sagat + chocolate chips + nuts...
4. Gaul sehingga rata dan bentukkan seperti guli tetapi besar sedikit..
5. Bakar di dalam oven pada suhu 230 darjah celcius dalam 10 minit..

Kalau bakar dua layer, pastikan guna api atas bawah... 5 minit pertama, tukar kan yang atas ke bawah, yang bawah ke atas... Tetapi akan berlaku di mana loyang yang pertama di bawah, permukaan bawah biskut akan nampak rentung sedikit...dun worry, tak effect rasa pun... sedap je saya makan... tetapi loyang yang atas sangat cantik... kalau nak semua cantik, pakai satu loyang sekali bakar.. (oven saya kecik, tu kene pakai 2 loyang utk sekali bakar...)

6. Bila nampak biskut kuning keemasan, keluar kan la.. jangan tunggu sampai hangus pulak... kene pandai-pandai bab yang ni...

Dibawah ada lah hasil nya....


Adunan yang telah siap.. ini untuk 2 adunan.. saya suggest buat 1 adunan dah cukup.. naik patah tulang belakang buat 2 adunan ni...

Peneman saya ketika membuat cookies... Tapi 2 balang diaorang je makan.. hahaha... nampak dekat loyang, adunan yang telah dibulat kan supaya bakar nampak cantik...

Biskut yang telah siap dibakar.. nampak comel kan.... ehem! mcm pembuatnya tak?? hik hik hik..

Ini lah hasil nya... ditambah lagi 3 balang sedang yang telah selamat dibahagi-bahagi kepada jiran tetangga... kene tampal , takut tak sempat bagi dah habis.. hahaha

So, apa lagi???
Cubalahhhh!!!!!


No comments:

Post a Comment