Wednesday, January 25, 2012

NASI AMBENG


Nasi ambeng adalah makanan tradisi orang Jawa dan sangat popular di Malaysia... Kebiasaan nya nasi ambeng dibuat ketika ada majlis kenduri.. Nasi ambeng dihidangkan di atas dulang besar dengan nasi bercampur pelbagai lauk... Satu dulang kebiasaan nya untuk 4 orang... Tuan rumah akan menyediakan surat khabar bersama daun pisang dan berikat dengan plastik... Mereka yang datang kenduri hanya menjamah kuih-muih yang disediakan... manakala nasi ambeng akan dibahagi samarata dan diletak dalam daun pisang yang disediakan oleh tuan rumah untuk dibawa balik dan makan bersama keluarga....

Lauk-lauk yang disediakan dalam satu dulang adalah, nasi putih, seekor ayam masak kicap @ goreng @ osek, sambal suhun goreng, mee goreng, serunding kelapa, tempe goreng, tauhu, ikan masin bulu ayam, dan kacang.. lauk-lauk ini adalah yang basic... kita boleh tambah dengan lauk-lauk lain.. jangan pelik ya.. nasi ambeng memang tak ada kuah... tapi sangat sedap... dan sangat mudah untuk dibuat..

Perlu saya ingatkan disini, nasi ambeng yang dijual di pasar malam di KL, totally different dengan orang jawa punye.. seriously! Nasi ambeng orang Jawa buat sangat sedap! susah la nak carik yang sedap kat KL ni kecuali Mak Eton je buat sedap.. Siapa Mak Eton?? Mak saya la......

So sesiapa rasa nak makan nasi ambeng tunggu lah rumah saya buat kenduri ya! hihihi....

1 comment: