Thursday, December 29, 2011

Cinta Seorang Wanita Part III

CINTA SEORANG WANITA PART III

Apabila berakhir nya cinta ke-3,si dia cuba untuk berkawan dengan ramai kawan.. Hampir setahun dia tidak keluar dengan lelaki, dia fikir hingga bila dia nak menyeksa diri sendiri dengan menunggu sesuatu yang tidak pasti… Maka perkenalan demi perkenalan, membuatkan si dia mula berkawan semula dengan kaum Adam.. “Wall post” nya terhadap seorang lelaki yang baru dikenali telah membuatkan si cinta ke-3 nya berasa marah, kecewa… Baru ditinggalkan, dah mencari yang lain.. itulah perempuan…mudah jatuh cinta bila lihat lelaki handsome sikit… Luluh hati dia mendengar kata-kata itu.. tak terdetik hatinya untuk jatuh cinta dengan memana lelaki selepas kecewa berkali… selama setahun dia menunggu cinta ke-3 nya, itu yang dibalas nya… si dia setia dengan cinta ke-3 nya.. yang menunggu penuh sabar kepulangan cinta ke-3 nya ke Malaysia, tetapi berakhir dengan kesedihan… Si dia hanya berkata yang dia akan bertunang dengan sesiapa yang benar-benar mencintai nya dan boleh menerima nya seada nya selepas pulang mengerjakan ibadah… Si cinta ke-3 nya berkata, kalau itu yang diminta, si cinta ke-3 nya akan mencari kerja dan mengikat tali pertunangan selepas si dia pulang mengerjakan ibadah.. Si cinta ke-3 rela melihat si dia menjadi anak dara tua dari berkahwin dengan orang lain.. adakah itu sayang @ kekejaman??? Kesian nya si dia…

Si dia telah bersetuju dengan si cinta ke-3 nya…ingin mengikat tali pertunangan dan bernikah pada tahun berikut nya… Alhamdulillah… syukur yang teramat ketika itu.. tidak dapat bayangkan betapa gembira nya hati dan perasaan nya…. Si dia telah memberitahu kepada emak abah dan ahli keluarga yang lain yang dia akan bertunang pada tahun hadapan.. semua sangat gembira dengan perkhabaran itu.. Si dia mula mencari barang-barang yang untuk majlis pertunangan nya… mungkin terlalu gembira kan..

Hari berganti hari… si cinta ke-3 nya telah memberitahu hajatnya kepada ibu nya tentang hal ini.. Alangkah sedih nya apabila ibu cinta ke-3 nya mengatakan yang dia tidak layak lagi untuk berkahwin kerana umur muda…naluri ibu lebih mengetahui.. apabila si cinta ke-3 nya menyampaikan kepada si dia, rasa nak tercabut jantung nya.. “Ya Allah… betapa kuatnya ujian Kau ini ya Allah…” hati memang terlalu sedih, tapi apakan daya.. perkahwinan yang bahagia adalah perkahwinan yang direstui… si dia perlu restu kedua ibu bapa nya dan juga bakal mertua nya…dia tabah..

Selepas si dia memujuk si cinta ke-3 nya, si cinta ke-3 boleh mengatakan yang dia tidak pernah berjanji dan memberi harapan untuk bertunang dengan si dia… mengalir air mata si dia ketika itu.. Siapa tak sedih…tetapi dia tetap redha.. ini semua ketentuan Allah.. sekarang baru dia tahu betapa sakit nya apabila seseorang itu membatalkan perkahwinan saat saat akhir…

Hari-hari si dia sedikit pun tidak nampak yang dia mempunyai masalah.. dia bergelak ketawa seperti rakan-rakan yang lain..wajah nya buat setiap orang lain tersenyum, sedangkan dihatinya meraung seperti kematian suami… reaksi nya yang ceria, tidak membuatkan orang lain gusar @ risau… kerana apabila dia murung, pasti kawan-kawan nya akan risau.. jadi dia tak mahu rakan-rakan nya lihat dia dalam keadaan sedih…

Seorang rakan baik ketika dibangku sekolah membalas komen dia di facebook… “asyik kumpul anak orang je, bila nak ada anak sendiri…” si dia hanya mampu membalas ayat yang tenang sahaja.. tak sanggup untuk menyatakan apa yang terpendam dalam hati…

Mereka berborak di chat messenger facebook.. Si dia menceritakan perkara yang berlaku… Alhamdulillah.. sahabat baiknya memberi kata-kata semangat kepada nya.. mungkin kerana dia fobia.. memang dimulut dia menerima lelaki yang benar-benar menyintai dia tetapi dalam hati.. bagaimana nak semat di dalam hati nya… tetapi sahabatnya mengatakan tidak semesti nya berkahwin dengan lelaki yang kita tak kenal, kita tak kan bahagia…sahabatnya sendiri berkahwin atas rancangan orang tua nya… si dia membalas, “aku takut aku tak boleh jadi isteri yang taat, macam mana aku nak kahwin dengan orang yang aku tak kenali, sedangkan aku tak kenal hati budi dia, macam mana kalau aku tak boleh jalan kan tanggungjawab aku sebagai seorg isteri, merelakan diri aku disentuh oleh lelaki yang baru kenal walaupun ia nya halal Bid..aku takut”… itu yang dibalas.. sahabatnya yang tidak berputus asa memujuk si dia supaya terbuka hati untuk orang lain…

Apabila dia memikirkan kata-kata sahabatnya.. memang benar apa sahabat dia berkata… “tak semestinya berkahwin dengan orang yang tak dikenali, kita tak bahagia… yang kenal it bahagia…” kata-kata sahabatnya menyunting semangat kepada nya supaya menjadi wanita yang kuat setanding namanya….

4 comments: