Saturday, May 28, 2011

He's a great brother!

Abang saya.. He's a great brother... u know why?? masa kami kecil, kami bukanlah orang senang.... semua orang mudah dapat apa yang mereka minta dulu, tapi tak macam keluarga kami.. bila orang dapat, kami hanya tengok saja.. Abang saya ni jenis tak membazir.. setiap hari dia akan menabung duit bekal nya... masa tu kami duduk di Melaka.. ketika itu umur saya dalam 6-7 tahun... kawan-kawan saya semua ada basikal, kecuali saya kerana mak abah tak mampu belikan... Abang saya pecahkan tabungnya demi nak membelikan saya basikal.. sedangkan ketika itu dia nak membeli barang yang diidamkan.. tetapi dia kesian dekat saya, dia belikan saya basikal, dia ketepikan apa yang dia nak.. Masa beli basikal, mak tanya dia, nak beli tayar mati ke tayar hidup.. tayar hidup yang bagus.. so, dia kata beli tayar hidup, dia nak yang terbaik untuk saya... itu sebab saya kata dia abang yang terbaik.. saya memang tak terbalas jasa dia... tapi pernah terdetik dalam hati saya, bila saya dah kaya nanti, saya akan belikan anak-anak dia pulak basikal yang best... tanda terima kasih saya kepada dia... Thanks a lot Abang! You're a great Brother in the world!

1 comment:

  1. Kadang kala bukan tebus segala pemberian yang mereka inginkn, akan tetapi cukuplah dengan menanya khabr & menjenguk diaorg apabila perlu @ sebaliknya, jasa & pengorbanan dari seorng yg bergelar abang akan terasa nikmatnya apabila melihat insan bergelar adik hidup bahagia sentiasa....Semoga menjadi insan yg disayangi & menyayangi insan yang teristimewa di hati...amin

    ReplyDelete