Monday, March 9, 2009

"Dukacita dimaklumkan bahawa satu kejadian ribut telah melanda
beberapa kampung di Sg. Besar, Sabak Bernam, Selangor
96 buah rumah dan 7 buah ranap diterbang ribut.
Antara mangsa-mangsa yang terlibat adalah beberapa keluarga yang
agak ramai dan beberapa orang ibu tunggal."

"Kampung Bahru is flooded"

"KUALA LUMPUR -- One of the worst flash floods wreaked havoc in the city,
sending 1,000 residents fleeing to safer ground.
After a four-hour downpour, the Klang, Bunos and Gombak rivers' banks
overflowed late Sunday afternoon, resulting in flood waters rising
between one and two metres in some places.
Traffic in the city and Petaling Jaya came to a standstill and several
roads, including Lebuh Ampang, Jalan Masjid India, parts of Jalan
Ampang, Jalan Tun Razak, Jalan Melaka, Kampung Baru, Jalan Tun Perak and
Jalan Tun Sambanthan, were rendered impassable for hours."

Demikianlah berita-berita yang dilaporkan berlaku semalam sekitar Kuala lumpur dan Selangor. Bila Awang berhenti sejenak dan berfikir, apakah sebenarnya petanda kejadian-kejadian ini, Awang terduduk seketika.

Terimbau kisah-kisah lama. Dahulunya negeri-negeri seperti Sarawak, Sabah, dan kebanyakan negeri-negeri semenanjung dilanda jerebu atau pun lebih tepatnya "asap" kesan kebakaran dari negara jiran. Sebelumnya juga berlaku cuma puncanya berlainan yakni akibat letusan gunung berapi di Filipina. Kemudian berturutan dari peristiwa-peristiwa tersebut kita dengar suara-suara angkuh mengatakan bahawa semuanya hanyalah kejadian Alam. Bukan azab ataupun amaran.

Kemudian Awang teringat akan satu ayat Quran dari surah asap (AdDukhaan).

Firman Allah "Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat)" AD-DUKHAAN:10.

Teringat pada masa tersebut, pelbagai jenis penyakit merebak. Kesusahan, kesulitan yang amat sangat. Sampaikan padangan pun menjadi amat terhad kepada beberapa meter radius sahaja. Semuanya lumpuh. Pengangkutan, ekonomi, kehidupuan, kesihatan….

ASAP

Mengapa agaknya asap-asap ini diturunkan kepada kaum tersebut yang diberitakan kepada rasul kita Muhammad. Ayat 2 menerangkan "Demi Al-Quran! Kitab yang menerangkan kebenaran". Jelas ayat ini menjelaskan akan kebenaran Al-Quran. Namun pada ayat 9 "(Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara ugama" Kesan dari ayat 9 inilah, turunnya ad Dhukaan tersebut.

Mungkin ada yang berkata, "ish mana ada nie, nie hanya peringatan untuk kaum-kaum yang kafir yang syirik! Kita umat Islam. Tak mungkin!". Sama ada kita suka atau tidak sahabatku, Islam atau bukan, sekiranya kita kufur pada perintah dan nikmat (Islam adalah antara nikmatNya) Allah, kita tergolong dalam golongan yang patut menerima azab. Syirik padaNya juga sudah semakin berleluasa (Ingat, syirik tidak semestinya menyembah berhala sahaja, syirik hati seperti riak, takbur, hubbud dunia cinta dunia) juga adalah antara syirik yang besar) didalam hati umat-umat Islam.

RIBUT

Berbalik kepada kisah tadi juga Awang hendak kaitakan dengan beberapa ayat quran. Bukan sebagai cara untuk memarahi, mencari kesalahan, menjatuhkan rakyat-rakyat yang sudah sedia jatuh, tetapi sebagai tazkirah peringatan kepada kita yang hidupnya masih senang lenang dibuai dunia. Ini mungkin hanyalah satu amaran kecil buat kita, sudah kita tidak upaya menanggungnya. Bayangkan satu azab besar yang diturunkan kepada kaum Ad, thamud, Firaun (nauzubilah), bagaimana layaknya kita nanti? Adakah pada masa itu baru kita hendak beringat dan bertaubat sedangkan Allah sudah jelas-jelas terangkan betapa mereka sudah terlewat dan rugi.

Firman Allah:
"Dan (ingatkanlah peristiwa kebinasaan) `Aad (kaum nabi Hud) dan Thamud (kaum Nabi Salih) dan telah pun ternyata kepada kamu sebahagian dari bekas-bekas tempat kediaman mereka dan (kebinasaan mereka yang demikian ialah disebabkan) Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka: amal-amal mereka (yang jahat itu), lalu ia menghalangi mereka dari jalan Allah padahal mereka orang-orang yang bijak pandai dan berakal (yang dapat membezakan yang benar dan yang salah).

Dan (ingatkanlah juga peristiwa kebinasaan) Qaarun dan Firaun serta Haamaan. Dan demi sesungguhnya Nabi Musa telah datang kepada mereka membawa keterangan- keterangan (mukjizat) yang jelas nyata, lalu mereka berlaku sombong takbur di bumi (mendustakannya), padahal mereka tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah). (Al-Ankabut: 38- 39)

Lantas akibat kebongkakan, keangkuhan dan kufur nikmat mereka Allah turunkan azab kepada mereka. Tetapi satu pengajaran disini. Kita seharusna sedar bahawa kaum-kaum ini dahulu pun beriman dan mereka tidak menjadi kafir melainkan telah turun rasul memberi peringatan dan mereka engkar padanya. Begitulah layaknya umat akhir zaman ini. Jangan berangapan kita sudah beriman Allah tidak akan menurunkan ujian kepada kita. Ada ujian berbentuk ujian menguji iman kita, ada yang turunkan berbentuk azab kerana kealpaan kita. Mana-mana sekalipun, setiap satunya tidak diturunkan dengan sia-sia: "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." Ali Imran : 191

Ayat seterusnya menerangkan tentang azab Allah kepad akaum-kaum ini:

FirmanNya:
"Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi dan ada yang kami timbuskan dia di bumi dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri." (Al Ankabut: 40)

dalam ayat lain Allah menyebut:

"Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpakanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan. (Al-ahzab 9)

"Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang mereka tidak memperoleh sesuatu faedahpun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran" (Ibrahim 18)

"Dan juga pada (kisah) kaum "Aad (terdapat perkara- perkara yang menjadi iktibar), - ketika Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang tidak mengandungi sebarang kebaikan" (ADZ-DZAARIYAAT: 41)

"Adapun `Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau-lampau kencangnya" (AL-HAAQQAH: 6)

"Lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang dalam beberapa hari yang nahas malang, kerana Kami hendak merasakan mereka azab seksa yang menghina dalam kehidupan dunia dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar kehinaannya sedang mereka tidak diberikan pertolongan (menghindarkan azab itu)". (Fussilat: 16)

"Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang, pada hari nahas yang berlanjutan". (Al Qamar: 19)

BANJIR

Kemudian Allah juga bercerita mengenai kaum yang hebat teknologinya, maju negaranya, makmur tanahnya, namun kerana mereka kufur nikmat Allah turnkan Azab. Inilah kaum puteri balqish di negeri Saba’: Firman Allah:

"Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba` satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan disebelah kiri (kariah mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka) "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!

Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara". (Saba’: 15-16)

Sudah jelas kepada sebenarnya kita apa yang sepatutnya kita kerjakan dan apa yang sepatutnya kita tinggalkan. Bagi yang beriman pula, azab Allah kita jadikan sebagai penguat iman kita. Sebagai satu pengejut dan satu muhasabah buat diri kita. Firman Allah "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" (Al-Ankabut:2) dan sesungguhnya kita akan terus diuji dan diuji. Tetapi ujianujian tersebut adalahd alam jangkauan kemampuan kita kerana Allah tidak akan membeankan seseorang dengan ujian-ujianNya melainan dengan kemampuan mereka.

Dalam satu hadis, Allah memerintahkan malaikat untuk memusnahkan satu kaum. Kemudian malaikat mendapati bahawa dikalangan kaum tersebut terdapat seorang yang salih lantas malaikat kembali kepada Allah dan bertanya pa yang sepatutnya dibuat, Allah memerintahkan supaya kemusnahan tersebut dimulakan dengan lelaki salih tersebut kerana dia tahu mana yang halal dan haram, tetapi dia tidak keluar memberi perinatan. (hadis ini daif). Demikian Allah memberi pengajaran kepada kita. Banyak lagi kisah-kisah kaum yang dihancurkan oleh Allah kerana mereka kufur nikmat, atau tahu bahawa terdapat orang yang kufur tetapi mereka tidak memberi peringatan (kisah bani Israel yang ditukarkan menjadi kera kerana melanggar perintah Allah menagkap ikan pada hari yang diharamkan).

Dan demikianlah Allah memberi perumpamaan…

AKHIR KATA

Secara kesimpulannya, kembalilah kepada jalan yang Allah telah perintahkan kepada kita. Jalan yang ditunjukkan oleh al-Rasul kita, Muhammad S A W. Kembalikan kepada ajaran dan kembalilah hati-hati kita dari kufur nikmat kepada Allah, moga Allah jauhkan kita dari azabnya dan mengembalikan kita kepada iman sebenar..Amin.

No comments:

Post a Comment