Friday, December 12, 2008

PERIHAL API NERAKA

Dikisahkan bahawa Rasulullah S.A.W bertanya kepada Malaikat Jibrail tentang api neraka, kata Rasullullah S.A.W : "Wahai Jibrail !, beritahu kepadaku tentang api neraka." Maka Jibrail pun berkata : "Ya, Muhammad, kalau api itu jatuh ke atas bumi ini walaupun sebesar lubang jarum nescaya akan terbakarlah bumi ini. Dan tentang baju neraka pula, kalau baju neraka itu digantungkan antara langit dengan bumi nescaya akan mati semua penduduk bumi disebabkan bau busuk yang paling dahsyat." Kemudian Jibrail berkata lagi " Wahai Muhammad, kalau malaikat yang sembilan belas itu turun ke bumi sudah tentu akan mati semua penduduk bumi sebab bentuk mereka yang sangat mengerunkan, dan kalau satu pegelangan dari rantai neraka itu jatuh ke bumi, ia akan menembus ke dalam tujuh petala bumi."

Apabila Rasulullah mendengar penjelasan dari Malaikan maka Rasulullah S.A.W pun berkata : "Hasbi ya Jibrail (Cukup hai Jibrail), lalu Rasulullah S.A.W menangis dan Jibrail pun turut serta menangis. Apabila Rasulullah melihat Jibrail menangis maka Rasulullah pun bertanya kepada Jibrail, "Wahai Jibrail, mengapa kamu menangis padahal kedudukan kamu sangat mulia di sisi Allah S.W.T?"

Maka Jibrail menjawab :"Ya Muhammad, tidak ada yang dapat menjamin keamanan ku, walaupun kedudukan ku sangat dekat dengan Allah S.W.T, tetapi aku takut kalau Allah S.W.T. hendak mengubahkan aku atau hendak mengujiku sebagaimana Harut dan Marut dan Iblis yang terkutuk itu.".

Walaupun kedudukan Malaikat Jibrail sangat dekat dengan Allah ia tetap menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Tetapi malangnya manusia masih lagi tidak takut kepada Allah biarpun telah nyata tanda-tanda kekuasaan Allah melalui cerita-cerita dari Al-Quran dan Hadis.

Oleh itu, takut lah kita kepada Allah kerana azab Allah amat pedih. Sesal di dunia pendapatan, sesal di akhirat tiada gunanya."

No comments:

Post a Comment