Friday, November 21, 2008

10 LALUAN SYAITAN

Renungilah pesanan seorang hamba soleh yang dipetik daripada buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" hasil tulisan Fathi Yakan, yang membicarakan tentang 10 pintu yang patut dijaga dari gangguan syaitan laknatullah: Beliau berkata: "ku renung dan ku fikir, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia, tiba-tiba kudapati syaitan memasukinya dari 10 pintu...
Pertama : TAMAK DAN BURUK SANGKA
Lantas aku mengahadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.
Kedua : CINTAKAN HIDUP DAN PANJANG ANGAN-ANGAN
Lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.
Ketiga : CINTAKAN NIKMAT
Lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.
Keempat : KAGUM DENGAN DIRI SENDIRI
Lantas aku menghadapinya dengan mensyukuri nikmat pemberiaan Allah dan takutkan balasan seksa.
Kelima : MEMANDANG RENDAH PADA ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI MEREKA
Lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.
Keenam : HASAD DENGKI
Lantas aku menghadapinya dengan sifat qana'ah (puas hati dengan apa yang ada setelah berusaha) dan redha dengan pemberian Allah.
Ketujuh : RIAK DAN SUKAKAN PUJIAN MANUSIA
Lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.
Kelapan : BAKHIL
Lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk akan binasa sedangkan yang ada di sisi Allahlah yang kekal selamanya.
Kesembilan : TAKABBUR
Lantas aku menghadapinya dengan sifat tawadhu'.
Kesepuluh : TAMAK
Lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.

1 comment:

  1. InsyaAllah.. akan aku tepis semua godaan syaitan.. akan aku jauhi 10 laluan syaitan... dan akan aku gantikan dengan lorong2 kebaikan yakni dengan amal soleh...tapiiiii ermm mampukah aku? InsyaAllah aku berserah kpd Mu Ya Allah!

    ReplyDelete