Saturday, August 20, 2011

Sedihnya cerita ni...

I took from one website… very sad story… L

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini adalah dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Begini ceritanya…

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.


Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah.. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh.Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”

Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu yer…….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Siapa kita di mata orang lain..

Suatu hari seorang MOTIVATOR terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.

Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.

Lalu bertanya lagi, “Siapa yang masih mahu duit ini?”


Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dengan kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

OK, sekarang masih ada yang berminat?”.

Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

“Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya. Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga.”

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.

Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi pada mata@pandangan Ilahi.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, anda masih mempunyai nilai yang tersendiri.

Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal, kerana sesungguhnya diri kita sebenarnya amat berharga.

Kita semua di sisi Allah adalah sama saja. Yang membezakan kita ialah KETAQWAAN kepadaNya. Siapa yang lebih bertaqwa, maka dia lah yang lebih baik.

Thank You Everybody!!

Thank you everybody yang buat suprise sempena umur yang ke 2+... hihihi.. Thank you kepada Mak n Abah for everything.. taking care of me.. I luv u so much Mak n Abah!! Thanks to Kak Num for the present.. Really like it!!! Thank you friends for the presents!!! Flowers + fruits, baju, buku, cakes... Thank you so much... wahhh.. mentang-mentang Hajar cakap Hajar suka makan indulgence, semua orang belikan Hajar indulgence.. Boleh muntah darah makan cake...Next year boleh tak request black forest pulak??? And yang paling istimewa adalah ucapan dari u all semua!! Thanks for the doa... ya Allah.. hanya Allah saja mampu membalas segala-galanya.. terasa seperti artis tau on 17th august tuh... semua msg, call, wall post.. dr pagi seronok je me"reply" msg-msg.. walaupun saya tahu ada di antara u all yang sangat busy, tp mereka x lupa untuk wish.. seriously, I am very happy...

Memandangkan this year dah berumur 25, so this is the best time for me to find my life partner.. ya Allah.. permudahkan lah urusanku.. Semoga pada umur 25 ni saya dapat menunaikan umrah.. InsyaAllah.. semoga tiada halangan untuk menunaikan umrah bulan 2 ni... tak sabar sangat di hati ini nak tengok Baitullah.. rindu yang teramat untuk ke sana..

Thank you so much once again!










Nikmat Syurga

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Ya Rasullullah, dari apakah dibuat syurga itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Dari air." Kami bertanya: "Beritakan tentang bangunan syurga." JawabNabi Muhammad s.a.w.: "Satu bata dari emas dan satu bata dari perak, dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za'faran, kerikilnya mutiara dan yakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati, tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya."

Beberapa Nikmat Syurga Secara Ringkas

1. Pohon Syurga

Dari Sahl bin Saad r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: ((Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pohon yang mana berjalan di bawah bayangnya seorang penunggang selama seratus tahun, belum lepas dari bayangnya)) Riwayat Muslim

2. Istana, Khemah dan Kamar Syurga

(Az-Zumar) 20. Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya), dibina untuk mereka (di dalam syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya.

Sabda Rasullah s.a.w : ((Sesungguhnya ahli syurga akan memandang ahli kamar di atasnya seperti kamu melihat bintang di langit meluncur dari ufuk timur atau barat, kerana kelebihan di antara mereka)) Para sahabat bertanya: “Itukah tempat para nabi yang tidak sampai kepadanya orang lain?” Rasulullah bersabda: ((Bahkan – Demi Allah yang nyawaku dalam tanganNya- lelaki-lelaki yang beriman kepada Allah dan membenarkan para rasul)) Riwayat Muslim

3. Pasar Jumaat

Dari Anas bin Malik r.a , sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: ((Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pasar yang akan dikunjungi oleh penghuninya pada setiap Jumaat. Lalu akan bertiup ke arah mereka angin dari utara lantas menyapu wajah dan pakaian mereka. Kemudian dia kembali kepada keluarganya dalam keadaan bertambah keelokan dan kecantikannya…)) Riwayat Muslim

4. Sungai Syurga

(Muhammad: 15) Sifat syurga Yang telah dijanjikan kepada orang-orang Yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. dan ada pula untuk mereka di sana Segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka.

5. Bidadari Syurga

(Ar-Rahman: 56). Dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), Yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;

Sabda Rasulullah s.a.w: ((Sekiranya seorang wanita dari bidadari penghuni syurga menjenguk kepada bumi, nescaya akan menyinari setiap yang ada di dalamnya dan akan memenuhi keduanya dengan haruman. Sesungguhnya penutup wajah bidadari di atas kepalanya lebih baik dari dunia dan seluruh isinya)) Riwayat Tirmizi.

6. Makanan dan Minuman Syurga

(Al-Waaqiah: 20 & 21) Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih. serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.

# AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH MENGATAKAN BAHAWA PENGHUNI SYURGA AKAN DAPAT MELIHAT ALLAH. Itulah sebaik-baik nikmat syurga!. Semoga Allah mengurniakan kita kenikmatan melihatNya!

(Al-Qiyaamah: 22) Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; 23. melihat kepada Tuhannya.

“SABDA RASULULLAH S.A.W :(SYURGA DIPAGARI DENGAN PERKARA YANG DIBENCI DAN NERAKA DIPAGARI DENGAN NAFSU” Riwayat Muslim

Lama nya tak ber belog!

Wahhh!! Bila tengok-tengok kalendar baru tersedar lama tak update belog.. sejak cik Siti Hara ( I like this name actually! thank u Dai! ) sakit disebabkan operation "gila" dilakukan oleh sebuah klinik pakar gigi di Damansara... tetiba pulak rasa nak bercerita apa yang terjadi..... My wisdom tooth tumbuh n tak cukup space.. al-maklum ler.. mulut kecik sangat... so, tak cukup le kesemua gigi nak keluar.. memandangkan gigi nya dah terkeluar dr space (sbb tak cukup space tuh tadi, nak keluar jugak, tapi senget) so bergesel la dengan pipi... agak sakit la jugak kan.. Saya pun ke sebuah klinik ni... dengan harapan doctor ni cabut la gigi tuh...

Sesampai di klinik tuh....

Mak aaiii!! ni beranak ke apa ni???!! setakat cabut sebatang wisdom tooth sampai RM800!!! tapi jumpa jugak la doctor.. sebab dalam otak fikir "alaa.. kenanga bayar separuh nanti.. tak de hal la.. kang pi govt lagi teruk dikerjakan.. " mintak maaf hospital govt! Setelah berjumpa dengan dentist ni, dengan confident.. boleh cabut ni.. xde hal.. without asking any question... dia tak tanya Cik Hara ada allergic apa-apa ka... no!!! langsung tak menanya.. dia terus la mengambil perkakas-perkakas nya.. rasa nya macam kat bengkel pulak.. nampak mcm hammer ada... screw driver ada.. spanar ada.... Doctor ni pun memulakan la sesi pembiusan... setelah kebas, dia pun memulakan mengambil ala-ala screw driver.. dia ketuk-ketuk gigi saya macam nak gila!! sekejap ke kiri sekejap ke kanan.. dah rasa lama sikit dia ketuk, dia ambik plak macam spanar tuh, dia duk pi tarik je wisdom tooth.. tersepit pulak bibir ku.. aiseyhh! luka sia-sia... dia kata tak boleh, dia sambung lagi duk mengetuk gunakan screw driver.. memang pelik la! tak pernah dibuat orang macam tuh... setelah setengah jam di kerja kan mulut cik Hara ni, dia suruh pi x-ray.. apa ni doctor! dah half way baru nak x-ray.. dr awal tak nak x-ray! masuk lagi treatment room, dia sambung lagi mencabut.. and after one hour, dengan rasa tak bersalah dia cakap tak boleh cabut.. next week datang cabut dengan doctor lain... ha???!!! doctor ni gila ke apa???!! kau dah buat mulut aku macam mulut lembu, kau boleh tak habis kan kerja.. dengan muka blur, keluar kene juga charge RM100... dah ler tak cabut.. boleh charge lagi tuh!

Sesampai nya di ofis..(Opis dengan clinic ni satu floor)

Dengan rasa ketidakpuashatian terhadap doctor itu tadi, duk la bercerita dengan officemates.. semua macam tergamam ok! dan apabila nak makan ubat.......

Tiba-tiba...

"kak Ikin.. sejuk sangat la.. kaki sakit sangat ni!!!" air mata macam nak berjurai je....
"kita nak baring!! kita nak baring!! " korang tahu la kan bila hajar sakit.. mesti akan macam orang gila sikit....

Makin lama makin teramat sakit.. dan makin lama dari muka hingga la ke kaki, dah biru... menjerit-jerit kesakitan...

dan masa itu jugalah ramai suruh ingat Allah... ya la.. mengikut cerita mereka yang dalam keadaan tuh, Cik Hara seperti tak panjang umur keadaan nya... mereka ingat saya kene sawan...

Wah.. Panic ar satu kenanga..." Budak kecoh" tetibe sakit depan mata.. dengan pantas dan segera, staff lelaki berlari memanggil doctor dari clinic segara dan clinic gigi tuh.. tapi doctor clinic gigi tuh tak nak datang, dia kata sakit sikit je.. dats why la makcik Eton nak buat police report.. doctor take for granted! Datanglah Dr. Suvin dr clinic segara... terus bagi steroid... "ni kene warded ni.. bahaya sangat ni... " mulut cik Hara boleh lagi menjerit kan... "sesape call ambulans, memang kene dengan Hajar!! Hajar nak pi Kuching esok!!" dalam otak ni fikir holiday lagi di saat-saat macam nak mati ni tadi.... hajar hajar....

Tapi yang saya tak boleh lupa, Abg Mat suh kak Sal ajar saya mengucap... dan saya jugak tak boleh lupa Lily Teoh menampal macam-macam sticker kat badan saya... (kepercayaan orang Cina).. memang bomoh Cina betul la Lily Teoh...

masa tuh non-stop muntah... bila di check-check, rupanya saya ni allergic kepada "UBAT BIUS" tapi ada doctor kata sebab saya terkejut doctor tuh buat separuh jalan je....tapi saya memang tahu saya ada allergic ubat bius tapi xde lah seteruk kali ni....

Boss suruh rest di bilik Kenwealth n petang tuh saya kuatkan semangat untuk drive balik ke rumah.. barang tak packing lagi... masa tuh saya memang teramat sakit... kalau saya warded, confirm semua tak pi sarawak.. saya bawak saudara mara ke sana... jadi saya kene kuat.. ya Allah, sepanjang malam saya berdoa supaya Allah bagi saya kekuatan untuk pergi Sarawak.. Walaupun keadaan masa tuh agak teruk dan saya demam di Sarawak, impian saya tercapai jugak..

Selepas pulang dari Sarawak, saya pergi kerja keesokan hari nya walaupun saya demam... selepas beberapa hari, saya buat operation wisdom tooth di hospital kerajaan sebab saya ada masalah allergic bius.. because sangat rare orang yang allergic pada ubat bius ni.. so, kalau buat di government, at least, oxigen n bilik bedah gigi tuh sebab emergency ward... Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar...

Dan apa terjadi pada clinic tuh.. hahahhahhaa!!! saya gertak ar dia nak saman!! gila ka dah buat orang macam nak mati, n then lepas tangan je... Manager clinic tuh call merayu mintak maaf dan tarik balik niat untuk menyaman clinic diaorang... sebab diaorg tahu diaorg salah... kesalahan mereka adalah :
1. tidak melakukan x-ray sebelum pembedahan
2. tidak menanya langsung kepada patient ada masalah ubat-ubatan atau tidak
3. yang buat tuh bukan pakar wisdom tooth tapi pakar pada perkara lain.. seperti bleaching, scaling dan lain-lain..

So, itulah sebab nya saya dah lama tak update belog saya kerana saya sakit... :(