Thursday, February 13, 2014

Bowl... oh Bowl..

Assalamualaikum…. Hye hye hye.. Ok… tengah baking pavlova.. sementara menanti oven bunyi “ting”, sempatlah untuk berkongsi sedikit cerita.. Kak Nani ada share satu cerita ni… mcm mana nak jadi kaya dengan cara tak nampak… wahhh… tak nampak kau!!! Sediakan satu tabung atau apa sahaja la… saya gunakan bowl paryn… (sejak paryn meninggal 2 bulan lalu, rasa sunyi melanda diri… :’( ) so, bagi memperingati paryn, bowl itu saya gunakan utk dijadikan tempat letak duit syiling… ok.. sambung balik… jadi mcm mana yang dikatakan nak kaya, setiap kali ada duit syiling, masukkan terus dalam bowl tu…  biarkan penuh… apabila dah penuh, boleh la kira dan belilah emas 5gm… dalam tidak perasan, kita dah mula ada pelaburan… Pelaburan amat penting… Ia sebagai passive income untuk kita tanpa kita sedari… bagus kan idea tu…. Saya sedang lakukan… tapi saya menjadikan duit syiling yang saya simpan itu sebagai pelaburan akhirat.. Saya pernah terbaca, bersedekahlah setiap hari walaupun ianya sedikit… jadi setiap hari pasti, bowl ini menjadi tempat saya sedekah dan kemudian nya apabila penuh, duit nya akan saya salurkan pada rakyat Syria… (kerana mereka amat amat amat memerlukan makanan, pakaian, ubatan ketika ini..) jangan takut untu bersedekah dan jangan kedekut untuk bersedekah.. Rahsia kejayaan mak abah adalah bersedekah… walaupun satu ketika dahulu mak abah tak mampu memberi kemewahan kepada kami, tetapi mak abah tak pernah kedekut.. boleh dikatakan pada hari ini kami hidup senang… Alhamdulillah, didikan mak abah supaya bersedekah menurun kepada anak-anak dan cucu mak abah…jadi, jom!! Kita mulakan… sedekah harian kita… InsyaAllah.. Allah pasti membalas dengan rezeki yang melimpah atas apa yang kita berikan kepada umat lain…

Wallahualam…


1 comment :

Unknown said...

sedekah pavlova pun ok...nak!